
Mainkan bunyi pada peranti menggunakan Cari iPhone Saya di iCloud.com
Jika anda kehilangan peranti dan merasakan ia mungkin berada berdekatan, anda boleh menggunakan Cari iPhone Saya di iCloud.com untuk memainkan bunyi pada peranti itu dan membantu anda mencarinya. Bunyi akan dimainkan meskipun peranti itu berada dalam mod senyap atau kelantangan peranti tersebut diredamkan.
Jika anda telah menyediakan Perkongsian Keluarga, anda juga boleh memainkan bunyi pada peranti ahli keluarga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyediaan kumpulan keluarga, lihat artikel Sokongan Apple Apakah itu Perkongsian Keluarga?
Untuk mendaftar masuk ke Cari iPhone Saya, pergi ke icloud.com/find.
Mainkan bunyi pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple Watch
Dalam Cari iPhone Saya di iCloud.com, klik Semua Peranti, kemudian pilih peranti yang anda mahu bunyinya dimainkan.
Jika anda tidak melihat Semua Peranti, ini adalah kerana anda telah memilih satu peranti. Klik nama peranti di bahagian tengah bar alat untuk mengakses senarai Peranti, kemudian pilih peranti baharu.
Klik Mainkan Bunyi.
Jika peranti berada di dalam talian, bunyi bermula selepas ditunda sebentar dan kelantangannya semakin meningkat, kemudian dimainkan selama 2 minit. Makluman Cari juga muncul pada skrin peranti itu.
Jika peranti berada di luar talian, bunyi dimainkan pada masa seterusnya ia disambung ke Wi‑Fi atau rangkaian selular.
Selepas bunyi dimainkan, e‑mel pengesahan dihantar ke alamat e‑mel Apple ID anda.
Mainkan bunyi pada Airpods atau produk Beats anda
Anda boleh memainkan bunyi pada AirPods atau produk Beats anda jika ia berada di luar bekasnya. Jika anda menghidupkan rangkaian Cari untuk AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max, anda juga boleh memainkan bunyi apabila ia berada dalam bekasnya.
Dalam Cari iPhone Saya di iCloud.com, klik Semua Peranti, kemudian pilih AirPods atau produk Beats anda.
Jika anda tidak melihat Semua Peranti, ini adalah kerana anda telah memilih satu peranti. Klik nama peranti di bahagian tengah bar alat untuk mengakses senarai Peranti, kemudian pilih peranti baharu.
Klik Mainkan Bunyi.
Jika AirPods atau produk Beats anda berada dalam talian, peranti ini akan memainkan bunyi serta‑merta (selama 2 minit).
Jika peranti itu berada di luar talian, anda akan menerima pemberitahuan apabila peranti itu berada dekat dengan iPhone, iPad atau iPod touch anda semula.
Penting: Pastikan anda membenarkan pemberitahuan untuk app Cari. Lihat “Tukar seting pemberitahuan” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Jika AirPods atau produk Beats anda terpisah, klik Senyapkan Kiri atau Senyapkan Kanan untuk mencarinya satu persatu.
Berhenti memainkan bunyi pada peranti
Jika anda menemui peranti anda dan mahu mematikan bunyi tersebut sebelum bunyi itu berhenti secara automatik, lakukan salah satu daripada yang berikut:
iPhone, iPad atau iPod touch: Tekan butang kuasa atau butang kelantangan atau balikkan suis Dering/Senyap. Jika peranti dikunci, anda juga boleh membuka kunci peranti tersebut atau meleret untuk menutup makluman Cari. Jika peranti tidak dikunci, anda juga boleh mengetik OK dalam makluman Cari.
Apple Watch: Ketik Tutup dalam makluman Cari atau tekan Digital Crown atau butang sisi.
Mac: Klik OK dalam makluman Cari.
AirPods: Letakkan AirPods anda dalam bekasnya dan tutup penutupnya atau klik Berhenti Bermain dalam Cari iPhone Saya di iCloud.com.
Produk Beats: Bergantung pada model produk Beats anda, anda boleh meletakkan produk di dalam bekasnya dan tutup penutup atau tekan butang kuasa.
Anda juga boleh menggunakan Cari pada mana‑mana peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Gunakan Cari untuk mencari orang, peranti dan item.