Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Keynote
- Numbers
- Pages
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud

Gunakan iCloud+ dengan keluarga anda
Jika anda mencipta kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi langganan iCloud+ dan membantu ahli keluarga mencari peranti yang hilang. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Walaupun anda tidak mempunyai kumpulan Perkongsian Keluarga, anda masih boleh menggunakan iCloud untuk berkongsi album foto, senarai tugasan, lokasi dan banyak lagi dengan ahli keluarga.
Kongsi langganan iCloud+
Anda boleh berkongsi iCloud+ dengan ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Ahli Perkongsian Keluarga mendapat akses kepada storan iCloud tambahan serta Geganti Peribadi iCloud (beta), Sembunyikan E‑mel Saya dan sokongan Video Selamat HomeKit. Lihat Apakah itu iCloud+? dan Naik taraf ke iCloud+ dan urus langganan anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda: Pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga. Ketik Storan iCloud, kemudian ikut arahan pada skrin.
Pada Mac anda: Pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian Keluarga. Klik Storan iCloud, klik Kongsi, kemudian ikut arahan pada skrin.
Nota: Bukan semua ciri iCloud+ tersedia di semua negara atau rantau. Geganti Peribadi iCloud dan Sembunyikan E‑mel Saya memerlukan iPhone, iPad atau iPod touch dengan iOS 15, iPadOS 15 atau terkini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.
Berkongsi menggunakan iCloud
Dengan atau tanpa kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menggunakan ciri iCloud untuk membantu keluarga anda kekal terhubung dengan berkongsi kalendar, senarai tugasan dan banyak lagi. Ahli keluarga anda perlu menghidupkan ciri iCloud yang ingin mereka gunakan pada setiap peranti mereka.
Berikut ialah beberapa contoh tentang cara anda boleh menggunakan iCloud dengan keluarga anda.
Gunakan iCloud Drive untuk berkongsi fail atau bekerjasama pada dokumen
Cipta kalendar dikongsi dan tambahkan peristiwa keluarga penting
Gunakan Peringatan untuk mencipta senarai membeli‑belah atau tugasan dikongsi
Kongsi kawalan rumah anda dan urus aksesori dengan app Rumah
Kongsi lokasi supaya anda boleh mencari ahli keluarga pada peta. Dengan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga juga boleh membantu anda mencari peranti yang hilang.
Untuk mendapatkan idea lanjut, lihat Gunakan iCloud untuk berkongsi dan bekerjasama.