Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright

Layari web dengan cara yang lebih selamat dan peribadi dengan Geganti Peribadi iCloud
Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Geganti Peribadi iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda untuk menyembunyikan alamat IP dan aktiviti layaran anda dalam Safari serta melindungi trafik internet tidak tersulit anda.
Nota: Geganti Peribadi iCloud tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lindungi alamat IP dan aktiviti layaran anda
Geganti Peribadi iCloud membantu menghalang laman web dan penyedia perkhidmatan rangkaian daripada mencipta profil terperinci tentang anda. Apabila Geganti Peribadi dihidupkan, trafik daripada peranti anda disulitkan dan dihantar melalui dua geganti internet yang berasingan. Ini menghalang laman web daripada melihat alamat IP dan lokasi anda dan menghalang penyedia perkhidmatan rangkaian daripada mengumpulkan aktiviti layaran anda. Mereka tidak tahu kedua‑dua maklumat tentang identiti anda dan laman web yang anda layari.
Anda boleh menyesuaikan ketentuan lokasi alamat IP anda. Secara lalai, Geganti Peribadi mengekalkan lokasi umum anda, yang membenarkan Safari untuk menunjukkan kandungan dan hasil penyetempatan kepada anda. Anda boleh memilih untuk berkongsi lokasi yang lebih luas.
Anda boleh menghidupkan atau mematikan Geganti Peribadi iCloud pada bila‑bila masa. Anda boleh menghidupkan atau mematikan ciri tersebut sepenuhnya untuk satu peranti, mematikannya buat sementara untuk peranti atau laman web, melaraskan seting untuk rangkaian Wi-Fi khusus, rangkaian Ethernet atau pelan selular (SIM).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Geganti Peribadi berfungsi, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Geganti Peribadi iCloud.
Mulakan
Lihat Naik taraf ke iCloud+ dan urus langganan anda dan Sediakan Geganti Peribadi iCloud pada semua peranti anda.
Nota: Geganti Peribadi memerlukan iOS 15, iPadOS 15, macOS 12 atau terkini. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.