
Sediakan Video Selamat HomeKit pada semua peranti anda
Anda boleh mengakses Video Selamat HomeKit anda pada iPhone, iPad, Mac atau Apple TV jika anda atau seseorang dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda mempunyai langganan iCloud+. Anda juga perlu menyediakan hab rumah. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan HomePod, HomePod mini, Apple TV atau iPad anda sebagai hab rumah.
Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud+ dan Video Selamat HomeKit, lihat Simpan rakaman kamera keselamatan tersulit dalam iCloud dengan Video Selamat HomeKit.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti telah mematikan ciri Rumah, anda tidak akan dapat melihat atau berkongsi Video Selamat HomeKit pada peranti.
Sediakan Video Selamat HomeKit pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua, kemudian hidupkan Rumah.
Anda boleh menambahkan kamera keselamatan ke app Rumah menggunakan iPhone atau iPad anda. Anda juga boleh melihat dan berkongsi rakaman Video Selamat HomeKit yang disimpan di iCloud dalam Rumah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melihat dan berkongsi Video Selamat HomeKit pada iPhone atau iPad anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Sediakan kamera keselamatan dalam Rumah pada iPhone dan Jemput orang lain untuk mengawal aksesori di rumah anda
Panduan Pengguna iPad: Sediakan kamera keselamatan dalam Rumah pada iPad dan Jemput orang lain untuk mengawal aksesori di rumah anda
Sediakan Video Selamat HomeKit pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik "Daftar masuk", masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, kemudian klik Lihat Semua, Tunjukkan Semua atau Tunjukkan Lagi App.
Hidupkan Rumah.
Anda boleh melihat dan berkongsi rakaman Video Selamat HomeKit yang disimpan dalam iCloud menggunakan app Rumah pada Mac anda. Anda mesti menggunakan iPhone atau iPad untuk menambahkan kamera keselamatan ke Rumah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melihat dan berkongsi Video Selamat HomeKit pada Mac anda, lihat Lihat dan rakam video daripada kamera keselamatan dalam Rumah pada Mac.
Lihat rakaman Video Selamat HomeKit pada Apple TV anda
Di Apple TV anda, buka app Seting.
Pilih Pengguna dan Akaun, pilih akaun anda, pilih iCloud, kemudian pastikan anda telah mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Untuk melihat rakaman Video Selamat HomeKit pada Apple TV, buka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab HomeKit.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melihat Video Selamat HomeKit pada Apple TV anda, lihat Ikon Tab di Pusat Kawalan Apple TV dalam Panduan Pengguna Apple TV.
Untuk mendapatkan senarai kamera dan aksesori lain yang serasi, lihat Laman web aksesori Rumah.