
Sediakan iCloud untuk Rumah pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Rumah pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan Apple TV anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Urus aksesori dan kongsi kawalan rumah anda dengan iCloud. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Video Selamat HomeKit, lihat Simpan rakaman kamera keselamatan tersulit dalam iCloud dengan Video Selamat HomeKit.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang tidak didaftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan ciri Rumah, anda tidak akan dapat menguruskan aksesori atau berkongsi kawalan rumah anda pada peranti tersebut.
Sediakan iCloud untuk Rumah pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Ketik Tunjukkan Semua, kemudian hidupkan Rumah.
iOS 15, iPadOS 15 atau terdahulu: Hidupkan Rumah.
Anda kini boleh menambahkan aksesori HomeKit dalam Rumah.
Anda boleh mengawal aksesori anda dari iPhone, iPad dan iPod touch anda jika kesemuanya berada dalam rangkaian Wi‑Fi yang sama. Jika anda ingin mengawal aksesori secara jauh, sediakan hab rumah. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan HomePod, HomePod mini, Apple TV atau iPad anda sebagai hab rumah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menambahkan aksesori dan berkongsi akses ke rumah anda pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Sediakan aksesori dengan Rumah pada iPhone dan Benarkan orang lain untuk mengawal aksesori di rumah anda
Panduan Pengguna iPad: Sediakan aksesori dengan Rumah pada iPad dan Benarkan orang lain untuk mengawal aksesori di rumah anda
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Sediakan aksesori dengan Rumah pada iPod touch dan Benarkan orang lain mengawal aksesori di rumah anda
Sediakan iCloud untuk Rumah pada Mac anda
Pad Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud di sebelah kanan. Di bawah App Menggunakan iCloud, klik Tunjukkan Semua, kemudian hidupkan Rumah.
macOS 13 hingga 13.2: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud di sebelah kanan, kemudian hidupkan Rumah.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik iCloud, kemudian pilih Rumah.
Anda kini boleh mengawal aksesori dari Mac anda jika kesemuanya berada dalam rangkaian Wi‑Fi yang sama. Jika anda ingin mengawal aksesori anda secara jauh, sediakan hab rumah. Lihat artikel Sokongan Apple Sediakan HomePod, HomePod mini, Apple TV atau iPad anda sebagai hab rumah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengawal aksesori dan berkongsi akses ke rumah anda pada Mac, lihat Kawal aksesori Rumah pada Mac dan Kongsi kawalan aksesori Rumah pada Mac dalam Panduan Pengguna Rumah untuk Mac.
Sediakan iCloud untuk Rumah pada Apple TV anda
Di Apple TV, buka app Seting.
Pilih Pengguna dan Akaun, pilih akaun anda, pilih iCloud, kemudian pastikan anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Anda kini boleh mengaktifkan aksesori HomeKit dan menjalankan latar yang anda telah sediakan dalam app Rumah pada peranti anda yang lain.
Untuk menggunakan aksesori HomeKit pada Apple TV, buka Pusat Kawalan, kemudian pilih butang HomeKit.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mengawal latar dan kamera HomeKit pada Apple TV anda, lihat Gunakan Pusat Kawalan tvOS pada Apple TV.
Untuk mendapatkan senarai aksesori yang serasi, lihat Laman web aksesori Rumah.