Kongsi foto dan video dan pastikan semuanya terkemas kini dengan iCloud
Anda boleh menyimpan foto dan video anda dengan selamat dalam iCloud dan berkongsinya dengan orang lain menggunakan Foto iCloud, Pustaka Foto Dikongsi iCloud dan Album Dikongsi.
Foto iCloud
Apabila anda menyediakan Foto iCloud, foto dan video pada peranti anda dimuat naik ke iCloud. Anda masih boleh melihat foto dan video tersebut dalam app Foto pada peranti anda dan sebarang foto dan video yang sudah disimpan di iCloud—sebagai contoh, daripada peranti lain yang menghidupkan Foto iCloud—juga ditambah ke app Foto.
Anda boleh melihat foto dan video anda pada sebarang peranti yang menghidupkan Foto iCloud, termasuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple TV atau komputer Windows anda. Anda juga boleh mengakses foto dan video iCloud anda dalam pelayar web di iCloud.com.
Atas sebab foto dan video anda terletak dalam awan, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti mengambil foto baharu, memangkas video atau memadamkan foto—tertera pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi foto dan video anda yang paling terkini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.
Jika anda memadam foto atau video yang disimpan dalam Foto Cloud, ia dipadamkan dari semua peranti anda. Foto dan video yang anda padamkan dialih ke folder Terbaru Dipadam dalam Foto pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda serta di iCloud.com. Foto dan video yang baru dipadamkan boleh dipulihkan dalam 30 hari. Jika anda memadamkan fail daripada folder Terbaru Dipadam secara kekal, anda tidak boleh memulihkan foto atau videol tersebut.
Pustaka Foto Dikongsi iCloud
Apabila anda menggunakan Foto iCloud, anda juga boleh mencipta Pustaka Foto Dikongsi iCloud: pustaka foto iCloud berasingan yang boleh anda kongsikan dengan hingga lima orang lain. Setiap orang akan dapat menambah, edit, jadikan kegemaran, kapsyen dan memadam foto dan video dan semua para kolaborator akan melihat perubahan tersebut dalam masa nyata.
Semua foto dan video dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud akan diambil kira dalam storan iCloud pengatur pustaka itu.
Album Dikongsi
Anda boleh menggunakan Album Dikongsi untuk mencipta album foto dan video. Anda menentukan sama ada orang yang anda kongsikan album boleh menambah foto atau video pada album, atau hanya mencatatkan komen dan menyukai foto dan video. Apabila kolaborator membuat perubahan kepada album dikongsi, semua orang melihat perubahan tersebut dalam masa nyata. Anda juga boleh mencipta album dikongsi awam. Sesiapa sahaja yang mempunyai pautan boleh melihat album, walaupun mereka tidak menggunakan iCloud.
Walaupun album yang dikongsi disimpan dalam iCloud, ia tidak dikira dalam storan iCloud anda.
Mulakan
Ketahui cara menyediakan Foto iCloud, Pustaka Foto Dikongsi iCloud dan Album Dikongsi.
Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.