
Gunakan kategori dalam Mail di iCloud.com
Mail boleh mengisih mesej e-mel anda secara automatik ke dalam kategori untuk membantu anda mencari dan mengurus mesej e-mel dengan lebih cepat.
Utama: Dapatkan mesej peribadi, komunikasi langsung dan maklumat sensitif masa.
Transaksi: Jejak pengesahan, resit dan notis penghantaran anda.
Kemas Kini: Ikut perkembangan berita, surat berita dan kemas kini sosial.
Promosi: Layari mesej pemasaran, kupon dan jualan anda.
Apabila mesej dalam Transaksi, Kemas Kini atau Promosi merangkumi maklumat sensitif masa, mesej juga akan disertakan dalam senarai mesej Utama.
Nota: Kategori Mail mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa.
Hidupkan kategori Mail
Anda boleh menghidupkan pengkategorian semasa kali pertama anda membuka Mail di iCloud.com. Jika anda memilih Bukan Sekarang, anda juga boleh menghidupkannya kemudian dalam Seting.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
di bahagian atas Senarai Peti Mel.
Klik Seting, klik Kategori, kemudian klik Hidupkan Pengkategorian.
Jika pengkategorian dihidupkan tetapi kategori tidak kelihatan, klik , kemudian klik Tunjukkan Kategori.
Tukar kategori pengirim
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih mesej, kemudian klik
di bahagian atas.
Pilih Kategorikan, kemudian pilih kategori tertentu atau pilih kategorikan mesej secara automatik.
Klik Simpan.
Pilihan anda digunakan pada semua mesej semasa dan masa hadapan daripada pengirim.
Anda juga boleh mengkategorikan semula mesej dengan menyeret mesej ke kategori lain dalam bar sisi.
Kategorikan semula semua mesej anda secara automatik
Anda boleh mengeset semula keutamaan anda supaya semua mesej dikategorikan kepada Utama, Transaksi, Kemas Kini dan Promosi secara automatik. Ini akan mengeluarkan sebarang pengkategorian manual.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
di bahagian atas Senarai Peti Mel.
Klik Seting, kemudian klik Kategori dalam bar sisi.
Klik Set Semula Pengkategorian Manual.
Lihat dan urus semua mesej yang dikategorikan daripada pengirim
Apabila anda memilih mesej Transaksi, Kemas Kini atau Promosi, paparan ringkasan mesej daripada pengirim tersebut akan dibuka. Contohnya, jika anda membuka mesej Transaksi, semua mesej Transaksi lain daripada pengirim tersebut akan dipaparkan apabila anda menskrol ke atas atau ke bawah.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih Transaksi, Kemas Kini atau Promosi dalam Senarai Peti Mel, kemudian pilih mesej.
Semua mesej anda daripada pengirim dalam kategori tersebut dipaparkan dalam senarai.
Untuk melihat semua mesej anda daripada pengirim, klik
di bahagian atas senarai e-mel pengirim, kemudian pilih Semua Mesej.
Untuk mengurus semua mesej anda daripada pengirim, klik
di bahagian atas, kemudian pilih untuk menandakan mesej sebagai belum dibaca, mengalihkan mesej ke folder, mengarkibkan mesej atau memadamkan mesej.
Nota: Mesej utama tidak dikumpulkan mengikut pengirim.
Untuk melihat hanya satu jaluran Transaksi, Kemas Kini atau Promosi semasa menskrol, klik , kemudian klik Kumpulkan Mengikut Jaluran.
Keluarkan mesej sensitif masa daripada kategori Utama
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih Utama dalam Senarai Peti Mel, kemudian pilih mesej.
Klik
di bahagian atas, kemudian pilih Jangan Tunjukkan dalam Utama.
Matikan kategori Mail
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
di bahagian atas Senarai Peti Mel.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Matikan paparan kategori: Klik Sembunyikan Kategori.
Anda boleh menyembunyikan dan menunjukkan kategori dengan mudah tanpa kehilangan maklumat pengkategorian.
Matikan pengkategorian: Klik Seting, klik Kategori, kemudian klik Matikan Pengkategorian.
Mesej masa hadapan tidak diisih ke dalam kategori.