
Keluarkan peranti dari Cari Peranti di iCloud.com
Anda boleh menggunakan iCloud.com untuk mengeluarkan peranti daripada senarai peranti anda dan mengeluarkan Kunci Pengaktifan. Apabila anda mengeluarkan Kunci Pengaktifan, orang lain boleh mengaktifkan peranti dan menyambungkan peranti kepada Akaun Apple mereka.
Keluarkan peranti
Jika anda tidak mahu peranti muncul dalam Cari, atau jika anda perlu menyediakan perkhidmatan, anda boleh mengeluarkan peranti daripada senarai peranti anda.
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Petua: Untuk mendaftar masuk tanpa memasukkan kod pengesahan dua faktor, klik
di bahagian bawah tetingkap.
Pilih peranti di bawah Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengklik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Klik Keluarkan Peranti Ini. Salah satu daripada yang berikut berlaku:
Jika peranti berada dalam talian, ia tidak boleh dikeluarkan, tetapi anda boleh menyediakan peranti untuk perkhidmatan. Jika anda mengklik Teruskan, peranti akan ditandakan sebagai Sedia untuk Pembaikan atau Tukar Beli selama tempoh 30 hari seterusnya.
Jika peranti berada di luar talian, Kunci Pengaktifan akan dikeluarkan dengan serta-merta dan peranti itu akan dikeluarkan daripada Cari selepas 30 hari.
Nota: Jika peranti anda berada dalam talian selepas 30 hari telah berlalu, peranti akan muncul semula dalam senarai peranti dan Kunci Pengaktifan akan didayakan semula jika anda masih mendaftar masuk ke Akaun Apple pada peranti (untuk iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch) atau jika peranti berpasangan dengan iPhone atau iPad anda (untuk produk AirPods atau Beats).
Nota: Anda juga boleh mengeluarkan iPhone, iPad atau Mac anda dengan mendaftar keluar daripada Akaun Apple anda pada peranti tersebut.
Keluarkan Kunci Pengaktifan pada peranti
Jika anda terlupa mematikan Cari sebelum anda menjual atau memberikan iPhone, iPad, Mac atau Apple Watch anda kepada orang lain, anda boleh mengeluarkan Kunci Pengaktifan menggunakan Cari Peranti di iCloud.com.
Jika anda masih mempunyai peranti tersebut, lihat artikel Sokongan Apple Kunci Pengaktifan untuk iPhone dan iPad, Kunci Pengaktifan untuk Mac atau Perihal Kunci Pengaktifan pada Apple Watch anda.
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih peranti di bawah Semua Peranti di sebelah kiri.
Jika anda telah memilih peranti, anda boleh mengklik Semua Peranti untuk kembali ke senarai dan memilih peranti baharu.
Disebabkan peranti tersebut bukannya hilang, jangan masukkan nombor telefon atau mesej.
Jika peranti berada di luar talian, pemadaman dari jauh akan bermula apabila peranti berada dalam talian semula. Anda akan menerima e‑mel apabila peranti tersebut dipadamkan.
Apabila peranti dipadamkan, klik Keluarkan Peranti Ini.
Kunci Pengaktifan dikeluarkan serta-merta dan peranti anda juga dikeluarkan daripada Cari. Semua kandungan telah dipadamkan dan kini orang lain dapat mengaktifkan peranti tersebut.
Anda juga boleh menggunakan Cari pada mana-mana peranti yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Lihat Gunakan Cari untuk mencari orang, peranti dan item.