Sediakan dan gunakan Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud+ pada semua peranti anda
Anda boleh mengakses Sembunyikan E‑mel Saya pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda serta di iCloud.com jika anda atau seseorang dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda mempunyai langganan iCloud+.
Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan ciri tersebut, lihat Cipta alamat e‑mel yang unik dan rawak dengan Sembunyikan E‑mel Saya dan iCloud+.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak daftar masuk dengan Apple ID anda, anda tidak akan dapat mengakses Sembunyikan E‑mel Saya pada peranti tersebut.
Sediakan dan gunakan Sembunyikan E‑mel Saya pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Peranti anda mesti mempunyai iOS 15, iPadOS 15 atau terkini.
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, buka Seting.
Pastikan anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID anda. Jika anda sudah pun mendaftar masuk, nama anda kelihatan di bahagian atas Seting. Jika anda tidak melihat nama anda, ketik “Daftar masuk ke [peranti] anda.”
Untuk memastikan alamat e‑mel peribadi anda kekal sulit, lakukan mana-mana yang berikut:
Dalam Safari: Buka laman web, ketik dalam medan e‑mel, kemudian ketik Sembunyikan E‑mel Saya di atas papan kekunci untuk menjanakan alamat e‑mel rawak baharu atau gunakan alamat yang telah anda cipta untuk laman web tersebut.
Dalam Mail (iOS 15.2, iPadOS 15.2 atau terkini): Buka tetingkap e-mel baharu, ketik medan Daripada, kemudian pilih Sembunyikan E-mel Saya dalam menu timbul.
Dalam Apple Pay (iOS 17, iPadOS 17 atau terkini): Dalam helaian pembayaran, ketik Kenalan, kemudian pilih Sembunyikan E-mel Saya untuk menjana alamat e-mel baharu atau menggunakan alamat e-mel yang telah anda cipta untuk app atau laman web.
Nota: Pilihan ini hanya akan tersedia apabila app atau laman web meminta e-mel daripada helaian pembayaran.
Dalam app pihak ketiga yang disokong (iOS 16, iPadOS 16 atau terkini): Buka app, ketik medan e-mel, kemudian ketik Sembunyikan E-mel Saya di atas papan kekunci untuk menjana alamat e-mel unik dan rawak yang baharu atau menggunakan alamat e-mel yang telah anda cipta untuk app tersebut.
Dalam seting iCloud: Dalam Seting, ketik [nama anda] > iCloud, kemudian ketik Sembunyikan E-mel Saya. Anda boleh melihat dan mengurus semua alamat rawak yang unik anda.
Dalam seting Wallet & Apple Pay (iOS 17, iPadOS 17 atau terkini): Dalam Seting, ketik Wallet & Apple Pay, ketik E-mel, kemudian hidupkan Sembunyikan E-mel Saya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sembunyikan E‑mel Saya pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Safari pada iPhone, Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail pada iPhone dan Cipta dan urus alamat Sembunyikan E‑mel Saya dalam Seting pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Safari pada iPad, Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail pada iPad dan Cipta dan urus alamat Sembunyikan E‑mell Saya dalam Seting pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Safari pada iPod touch, Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail pada iPod touch dan Cipta dan urus alamat Sembunyikan E‑mel Saya dalam Seting pada iPod touch
Sediakan dan gunakan Sembunyikan E‑mel Saya pada Mac anda
Peranti anda mesti mempunyai macOS 12 atau terkini.
Pad Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem. Pastikan anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID anda. Jika anda telah berbuat demikian, [nama anda] akan ditunjukkan di bahagian atas bar sisi. Jika anda belum berbuat demikian, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda.”
macOS 12: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem. Pastikan anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID anda. Jika anda telah berbuat demikian, [nama anda] akan ditunjukkan di bahagian atas Keutamaan Sistem. Jika anda belum berbuat demikian, klik butang Daftar Masuk.
Untuk memastikan alamat e‑mel peribadi anda kekal sulit, lakukan mana-mana yang berikut:
Dalam Safari: Buka laman web, klik dalam medan e‑mel, kemudian klik Sembunyikan E‑mel Saya menjanakan alamat e‑mel rawak baharu atau gunakan alamat yang telah anda cipta untuk laman web tersebut.
Dalam Mail (macOS 12.1 atau terkini): Buka tetingkap e-mel baharu. Dalam medan Daripada, klik menu timbul dan pilih Sembunyikan E-mel Saya.
Dalam Apple Pay (macOS Sonoma atau terkini): Dalam helaian pembayaran, klik di bahagian Kenalan, kemudian pilih kotak tanda Sembunyikan E-mel Saya untuk menjana alamat e-mel baharu.
Nota: Pilihan ini hanya akan tersedia apabila app atau laman web meminta e-mel daripada helaian pembayaran. Alamat e-mel yang sama akan digunakan untuk pembelian seterusnya dalam app atau laman web tersebut.
Dalam seting iCloud (macOS 13 atau terkini): Klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, kemudian klik Sembunyikan E-mel Saya. Anda boleh melihat dan mengurus semua alamat e-mel rawak anda yang unik.
Dalam keutamaan iCloud (macOS 12): Klik Apple ID, klik iCloud di bar sisi, kemudian klik Pilihan di sebelah Sembunyikan E-mel Saya. Anda boleh melihat dan mengurus semua alamat e-mel rawak anda yang unik.
Dalam seting Wallet & Apple Pay (macOS Sonoma atau terkini): Dalam Seting Sistem, klik Wallet & Apple Pay dalam bar sisi, kemudian hidupkan Sembunyikan E-mel Saya.
Untuk maklumat lanjut tentang Sembunyikan E‑mel Saya pada Mac anda, lihat Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail pada Mac dalam Panduan Pengguna Mail untuk Mac dan Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.
Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com
Anda boleh mencipta dan mengurus alamat e-mel unik dan rawak anda dalam Seting di iCloud.com. Anda juga boleh menghantar dan membalas e-mel dengan alamat e-mel unik tersebut dalam Mail di iCloud.com.
Pergi ke icloud.com/icloudplus atau icloud.com/mail, kemudian daftar masuk dengan Apple ID anda.
Untuk maklumat lanjut tentang Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com, lihat daripada yang berikut:
Pada telefon: Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail di iCloud.com dan Cipta dan edit alamat Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com
Pada tablet: Gunakan Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail di iCloud.com dan Cipta dan edit alamat Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com
Pada komputer: Guna Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail di iCloud.com dan Cipta dan edit alamat Sembunyikan E‑mel Saya di iCloud.com