Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Cari foto atau video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Notis undang-undang dan perakuan
- Hak cipta dan tanda dagangan

Sediakan iCloud untuk app pihak ketiga pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan app pihak ketiga pada iPhone, iPad dan Mac anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan data app pihak ketiga terkini pada semua peranti Apple anda dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti menyaktifkan ciri iCloud app, data app anda tidak akan dikemas kini pada peranti.
Sediakan iCloud untuk app pihak ketiga pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda].
Ketik iCloud, kemudian ketik Lihat Semua (atau Tunjukkan Semua).
Skrol ke bawah, kemudian aktifkan app. Untuk sesetengah app, anda perlu mengaktifkan iCloud Drive sebelum anda boleh mengaktifkan app.
Sesetengah app pihak ketiga memberi anda akses kepada data yang disimpan dalam iCloud Drive. Jika dibenarkan, anda akan melihat folder dengan nama app dalam iCloud Drive dalam app Fail pada iPhone atau iPad anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan app Fail, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Ubah suai fail dan folder dalam Fail pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Ubah suai fail dan folder dalam Fail pada iPad
Sediakan iCloud untuk app pihak ketiga pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, klik Drive (atau iCloud Drive), kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
macOS 13.3 atau lebih baharu: Aktifkan Selaraskan Mac ini. Klik Penyelarasan App kepada iCloud Drive, kemudian aktifkan app.
macOS 13 hingga 13.2: Klik Aktifkan. Klik butang Pilihan, kemudian pilih app.
Sesetengah app pihak ketiga memberi anda akses kepada data yang disimpan dalam iCloud Drive. Jika dibenarkan, anda akan melihat folder dengan nama app dalam iCloud Drive pada Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan iCloud Drive, lihat Bekerja dengan folder dan fail dalam iCloud Drive dalam Panduan Pengguna Mac.