Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Susun e‑mel dengan folder dalam Mail di iCloud.com
iCloud mengandungi tujuh folder Mail lalai: Peti Masuk, VIP, Draf, Dihantar, Arkib, Sampah dan Remeh. Anda boleh mencipta folder dan subfolder tambahan untuk menyusun e‑mel anda.
Apabila anda mencipta folder tambahan, folder tersebut boleh dilihat pada mana‑mana peranti yang menghidupkan Mail dalam seting iCloud.
Untuk mengendalikan folder, pastikan Senarai Peti Mel kelihatan.
Cipta folder atau subfolder
Dalam Mail di iCloud.com, lakukan salah satu perkara berikut:
Cipta folder baharu: Apabila folder lalai dipilih, klik di sebelah Folder dalam senarai Peti Mel. Taipkan nama, kemudian tekan Return atau Enter.
Cipta subfolder: Pilih folder yang ingin ditambahkan subfolder, klik , taipkan nama subfolder baharu, kemudian tekan Return atau Enter. Anda juga boleh mengklik folder sedia ada dan menyeretkannya ke folder lain.
Alih subfolder kepada peringkat atas: Klik subfolder, kemudian seretkannya ke pengatas Folder dalam senarai Peti Mel.
Folder yang anda cipta diisih mengikut abjad.
Namakan semula atau padamkan folder
Penting: Memadam folder akan memadam semua kandungan di dalamnya—e‑mel, subfolder dan e‑mel dalam subfolder.
Dalam Mail di iCloud.com, klik dua kali pada nama folder yang ingin dinamakan semula atau dipadamkan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Namakan semula folder: Taipkan nama baharu folder, kemudian tekan Return atau Enter.
Padamkan folder: Klik di sebelah kiri nama folder, kemudian klik Padam.
Pindahkan e‑mel ke dalam folder
Dalam Mail di iCloud.com, pilih e-mel, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Jika anda memilih satu e-mel: Klik di bahagian atas, pilih folder atau cipta folder baharu, kemudian klik Pindahkan.
Jika anda memilih berbilang e-mel: Klik Pindahkan, pilih folder atau cipta folder baharu, kemudian klik Pindahkan.
Anda juga boleh memilih satu atau lebih e-mel, kemudian menyeretnya ke dalam folder dalam senarai Peti Mel.
Ketahui cara menggunakan Mail di iCloud.com pada telefon atau tablet.