Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright

Pastikan nota anda terkini dan kongsikan nota tersebut dengan iCloud
Dengan iCloud, nota anda dikemas kini pada semua peranti dan anda boleh bekerjasama pada nota dengan rakan dan keluarga.
Akses nota yang sama pada semua peranti anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Nota, nota anda disimpan dalam awan dan bukannya secara setempat pada peranti anda. Anda boleh melihat nota tersebut pada sebarang peranti yang disediakan untuk iCloud dan Nota, termasuk iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda. Anda juga boleh mengakses nota iCloud anda dalam pelayar web.
Atas sebab nota anda terletak dalam awan, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti mencipta nota baharu, memadamkan nota atau mengedit teks—tertera pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi nota anda yang paling terkini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.
Berkongsi dan bekerjasama pada nota
Anda boleh berkongsi nota atau folder nota dengan rakan dan keluarga yang menggunakan iCloud dan mereka boleh melihat nota dikongsi dalam app Nota.
Anda menentukan sama ada orang yang anda kongsi nota boleh mengedit nota atau folder atau melihatnya sahaja. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk menambahkan orang lain. Apabila kolaborator membuat perubahan kepada nota atau folder, semua orang melihat perubahan tersebut dalam masa nyata.