Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Lihat foto dan video anda di iCloud.com
Anda boleh melihat foto, video dan memori yang disimpan dalam Foto iCloud menggunakan pelayar web.
Nota: Anda tidak boleh melihat Album Dikongsi iCloud anda di iCloud.com. Untuk melihat Pautan iCloud anda, lihat Kongsi foto dan video dengan Pautan iCloud di iCloud.com.
Lihat foto dan video anda
Dalam Foto di iCloud.com, lakukan salah satu perkara berikut:
Klik Pustaka di bar sisi untuk melihat imej kecil semua foto dan video anda.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik .
Klik pada album atau folder dalam bar sisi untuk melihat kandungannya.
Untuk mengubah saiz imej kecil, gunakan gelangsar dalam bar alat Foto.
Anda boleh menukar paparan antara Pustaka Peribadi, Pustaka Dikongsi atau Kedua-dua Pustaka. Lihat Lihat Pustaka Foto Dikongsi iCloud anda di iCloud.com.
Lihat foto dan video anda dalam mod skrin penuh
Anda boleh melihat foto pada tetingkap pelayar penuh supaya anda tidak terganggu oleh bar sisi atau bar alat.
Dalam Foto di iCloud.com, dwiklik imej kecil foto, kemudian klik .
Untuk beralih antara foto atau video, lakukan salah satu yang berikut:
Tekan kekunci anak panah pada papan kekunci anda.
Tahan penuding di atas sisi kiri atau kanan foto, kemudian klik anak panah yang muncul.
Tahan penuding di bahagian atas foto, klik di penjuru kiri atas, kemudian klik imej kecil di bahagian bawah tetingkap untuk pergi ke foto tersebut.
Untuk keluar daripada paparan ini, tahan penuding di atas foto, kemudian klik .
Lihat memori anda
App Foto mengecam orang, tempat dan peristiwa penting dalam pustaka anda dan membentangkannya dalam koleksi terpilih yang dipanggil Memori.
Dalam Foto di iCloud.com, klik Memori dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik .
Di bahagian atas, pilih Memori atau Memori Kegemaran.
Nota: Jika anda tidak melihat sebarang memori, cuba buka memori pada peranti anda terlebih dahulu. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Memori dalam Foto pada iPhone, iPad atau iPod touch anda.
Klik memori untuk memainkannya.
Ketika memori dimainkan, tahan penuding di atas memori, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Jeda: Klik di penjuru kanan bawah. Untuk mula memainkan semula, klik .
Lihat memori dalam paparan skrin penuh: Klik di penjuru kiri bawah. Untuk keluar daripada paparan skrin penuh, klik .
Mulakan semula memori: Klik di penjuru kiri bawah.
Lihat semua foto dalam memori: Klik di penjuru kanan bawah.
Berhenti menonton memori: Klik di penjuru kiri atas.
Anda juga boleh memainkan foto anda dalam tayangan slaid.
Ketahui cara menggunakan Foto iCloud di iCloud.com pada telefon atau tablet.