Foto iCloud

Apabila anda menyediakan peranti anda untuk menggunakan Foto dengan iCloud, anda boleh menghidupkan ciri Foto iCloud (sebelum ini dipanggil Pustaka Foto iCloud).

Dengan Foto iCloud, semua foto dan video dari peranti anda disimpan di iCloud. Anda boleh mengaksesnya dari sebarang peranti yang anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama dan ciri Foto iCloud dihidupkan. Apabila anda mengedit, menyusun atau memadam foto atau video pada satu peranti, perubahan tersebut akan muncul pada semua peranti anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi dan pastikan album foto dan video terkini dengan iCloud.