Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Simpan rakaman kamera keselamatan tersulit dalam iCloud dengan Video Selamat HomeKit
Apabila anda melanggan iCloud+, anda boleh menggunakan Video Selamat HomeKit untuk menyimpan video daripada kamera keselamatan rumah dalam iCloud. Anda boleh melihat rakaman anda dari mana‑mana sahaja, dan rakaman anda kekal sulit dan selamat.
Simpan dan buat analisis rakaman kamera keselamatan
Dengan Video Selamat HomeKit, anda boleh menambahkan kamera keselamatan rumah dalam app Rumah untuk merakam rakaman anda dan melihatnya dari mana‑mana sahaja. Semuanya disulitkan secara menyeluruh dan video tersebut tidak dikira dalam storan iCloud anda. Anda boleh mengakses Video Selamat HomeKit pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau Apple TV anda.
Video tersebut dianalisis secara peribadi oleh hab rumah anda menggunakan kecerdasan pada peranti untuk menentukan sama ada terdapat orang, haiwan peliharaan atau kereta. Anda boleh melihat aktiviti 10 hari yang lalu dalam app Rumah.
Bilangan kamera Video Selamat HomeKit yang boleh anda tambah ke Rumah bergantung pada pelan iCloud+ anda.
Pelan 50 GB: Tambah satu kamera.
Pelan 200 GB: Tambah sehingga lima kamera.
Pelan 2 TB dan ke atas: Tambah bilangan kamera tanpa had.
Kongsi rakaman keselamatan dengan orang lain
Anda boleh menjemput orang lain yang menggunakan iCloud untuk berkongsi kawalan rumah anda dan melihat video daripada kamera anda dalam app Rumah.
Setiap orang yang berkongsi dengan anda dapat melihat strim kamera secara langsung semasa mereka berada di rumah. Anda menentukan sama ada mereka boleh melihat rakaman dan menstrim video secara jauh dan sama ada mereka boleh menguruskan kamera anda.
Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda boleh menambahkan kamera ke rumah anda.
Mulakan
Lihat Naik taraf ke iCloud+ dan urus langganan anda dan Sediakan Video Selamat HomeKit pada semua peranti anda.
Untuk mendapatkan senarai kamera dan aksesori lain yang serasi, lihat Laman web aksesori Rumah.