
Cari peranti dalam Cari Peranti di iCloud.com
Anda boleh menggunakan Cari Peranti di iCloud.com untuk mencari lokasi anggaran iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, AirPods dan produk Beats anda. Cari mesti sudah disediakan pada peranti dan peranti mesti dalam talian.
Cari peranti anda
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Petua: Untuk mendaftar masuk tanpa memasukkan kod pengesahan dua faktor, pilih
di bahagian bawah tetingkap.
Dalam senarai peranti, pilih peranti yang ingin anda cari.
Jika peranti dapat dicari: Peranti itu akan dipaparkan pada peta supaya anda dapat melihat lokasi peranti tersebut.
Jika peranti tidak dapat dicari: ”Luar Talian” akan muncul di bawah nama peranti tersebut. Lokasi terakhir yang diketahui dipaparkan hingga 24 jam. Pilih “Maklumkan saya apabila ditemukan” untuk mendapatkan e‑mel apabila peranti kembali dalam talian semula.
Jika anda menghidupkan rangkaian Cari, anda boleh menggunakan app Cari pada mana-mana peranti yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama untuk melihat lokasi peranti anda, walaupun peranti di luar talian. Lokasi terakhir diketahui akan disimpan hingga 7 hari. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan fungsi Cari untuk mencari peranti Apple atau AirTag anda yang hilang.
Nota: Jika anda menghidupkan Perlindungan Peranti Dicuri pada iPhone anda dan menukar kata laluan anda, lokasi peranti anda mungkin tidak dapat dilihat untuk suatu tempoh masa.
Untuk mencari peranti lain, pilih Semua Peranti atau
untuk kembali kepada senarai, kemudian pilih peranti baharu.
Jika anda tidak lagi menggunakan peranti, keluarkannya dari akaun anda supaya ia tidak muncul dalam Cari Peranti.
Cari peranti ahli keluarga atau rakan
Jika anda sebahagian dari kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menggunakan Cari Peranti di iCloud.com untuk membantu dalam mencari sebarang peranti ahli keluarga anda. Peranti mereka muncul di bawah peranti anda dalam senarai Semua Peranti.
Setiap ahli keluarga perlu menyediakan peranti mereka untuk berkongsi lokasi dengan ahli keluarga lain. Lihat artikel Sokongan Apple Kongsi lokasi anda dengan keluarga anda. Selepas perkongsian lokasi disediakan, anda boleh mencari peranti ahli keluarga menggunakan arahan di atas.
Anda tidak boleh menambah peranti rakan ke Cari Peranti. Rakan yang kehilangan peranti boleh pergi ke icloud.com/find dan mendaftar masuk ke Akaun Apple mereka.
Kemas kini peta
Pergi ke icloud.com/find, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan salah satu yang berikut:
Gerakkan peta: Leret atau seret peta.
Zum masuk: Pada telefon atau tablet, dwiketik dengan satu jari (atau cubit buka). Pada komputer, klik
di sudut kanan bawah, atau cubit buka pada pad jejak.
Zum keluar: Pada telefon atau tablet, ketik dengan dua jari (atau cubit rapat). Pada komputer, klik
di sudut kanan bawah, atau cubit rapat pada pad jejak.
Ubah paparan peta: Butang di sudut atas kanan peta menunjukkan jika peta semasa merupakan paparan standard
, paparan hibrid
, atau paparan satelit
. Untuk memilih peta yang berbeza, pilih butang, kemudian pilih paparan yang diinginkan.
Lihat lebih banyak peta: Pada telefon, ketik bahagian atas senarai peranti untuk mengembangkan atau memampatkan peta. Pada komputer atau tablet, pilih
untuk menyembunyikan senarai, atau pilih
untuk membuka semula senarai.
Anda juga boleh menggunakan Cari pada mana-mana peranti yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Lihat Gunakan Cari untuk mencari orang, peranti dan item.
Nota: Maklumat peta mungkin bergantung pada data dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga, yang mungkin tertakluk pada perubahan dan mungkin tidak tersedia di semua kawasan. Ini mungkin menghasilkan maklumat peta yang tidak tepat atau tidak lengkap.