Panduan Pengguna iCloud
-
Selamat Datang
-
Mesej
-
Sumber lanjutan

Apakah itu Kenalan iCloud?
Anda boleh memastikan kenalan anda tetap teratur dan mudah dicari menggunakan Kenalan di iCloud.com. Perubahan yang anda buat muncul secara automatik di iCloud.com dan di mana sahaja anda menyediakan iCloud untuk Kenalan, termasuk app Kenalan pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac; atau Microsoft Outlook pada komputer Windows.
Setiap kenalan muncul sebagai kad maya yang dipanggil vCard. Anda boleh berkongsi vCard dengan orang lain dan anda boleh menambah vCard yang dikongsi bersama anda. Lihat Eksport kenalan sebagai vCard di iCloud.com dan Import kenalan di iCloud.com.
Untuk Kenalan iCloud, pergi ke icloud.com/contacts dan daftar masuk menggunakan Apple ID anda. Pastikan anda menggunakan pelayar yang disyorkan dalam artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.
Jika anda sudah menggunakan ciri iCloud yang lain, klik pada nama ciri itu di sebelah atas tetingkap iCloud.com, kemudian klik Kenalan.