Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Sesuaikan dan gunakan halaman utama di iCloud.com
Di iCloud.com, anda boleh menyesuaikan halaman utama untuk pengalaman yang lebih diperibadikan, membenarkan anda mengakses kandungan yang paling penting dengan mudah. Anda boleh menambahkan jubin untuk app atau ciri kegemaran anda, mengeluarkan jubin yang tidak digunakan, menyusun semula jubin mengikut pilihan anda dan menukar paparan yang ditunjukkan oleh jubin.
Untuk app tertentu, anda juga boleh melakukan tindakan pantas terus daripada jubin.
Tambah, pindah atau padam jubin
Pada halaman utama iCloud.com, tatal ke bahagian bawah, kemudian klik Sesuaikan Halaman Utama.
Jika anda tidak berada pada halaman utama, klik dalam bar alat, kemudian klik Halaman Utama iCloud.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah jubin: Klik Tambah Jubin di sudut kanan atas tetingkap, kemudian pilih jubin.
Gantikan jubin: Klik di sudut jubin, kemudian pilih jubin yang ingin anda gunakan.
Susun semula jubin: Seret jubin ke lokasi berlainan.
Saiz jubin berubah secara automatik apabila anda mengalihkannya.
Alih keluar jubin: Klik di sudut jubin, kemudian klik Keluarkan.
Klik Selesai di sudut kiri atas tetingkap.
Tukar paparan pada jubin
Anda boleh memilih paparan pada jubin tertentu untuk menjadikan jubin tersebut lebih berguna untuk anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih folder khusus untuk Nota.
Pada halaman utama iCloud.com, klik di sudut kiri bawah jubin.
Jika anda tidak berada pada halaman utama, klik dalam bar alat, kemudian klik Halaman Utama iCloud.
Dalam menu timbul, pilih satu pilihan.
Lakukan tindakan pantas daripada jubin
Pada halaman utama iCloud.com, letakkan penuding anda di atas item dalam jubin, kemudian klik .
Jika anda tidak berada pada halaman utama, klik dalam bar alat, kemudian klik Halaman Utama iCloud.
Pilih salah satu yang berikut:
Kalendar: Padam Peristiwa (untuk peristiwa) atau Terima, Mungkin atau Tolak (untuk jemputan peristiwa).
iCloud Drive: Padamkan Fail.
Petua: Anda juga boleh mengklik fail, kemudian pilih Lihat dalam Drive atau Muat Turun Fail.
Mail: Tandakan sebagai Dibaca, Bendera, Alihkan ke Remeh atau Padam.
Petua: Anda juga boleh menapis e-mel. Klik di sudut kanan bawah jubin, hidupkannya, kemudian pilih penapis.
Nota: Padam Nota.
Foto: Gemari Foto atau Padamkan Foto.
Peringatan: Tandakan sebagai Lengkap atau Benderakan.
Pages, Numbers atau Keynote: Quick Look, Buka dalam [App] pada Web, Muat Turun Fail atau Padam Fail.