Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Cari foto atau video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Notis undang-undang dan perakuan
- Hak cipta dan tanda dagangan

Sediakan iCloud untuk Telefon & FaceTime pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud untuk menyelaraskan data Telefon dan FaceTime pada semua peranti anda. Untuk mendapat gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud untuk Telefon & FaceTime, lihat Selaraskan data Telefon dan FaceTime dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti menyahaktifkan ciri Telefon & FaceTime, data Telefon dan FaceTime anda tidak akan disimpan dalam awan dan tidak akan tersedia merentas peranti.
Sediakan iCloud untuk Telefon & FaceTime pada iPhone anda
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iOS 18 atau lebih baharu: Ketik Lihat Semua, kemudian aktifkan Telefon & FaceTime.
iOS 16 hingga 17: Ketik Tunjukkan Semua, kemudian aktifkan Telefon & FaceTime.
Nota: Jika FaceTime tidak dipasang pada iPhone, anda akan melihat Telefon dan bukannya Telefon & FaceTime.
Sejarah panggilan, mel suara dan mel suara video anda kini diselaraskan antara peranti dan disimpan dengan selamat dalam awan. Jika anda hilang atau menggantikan iPhone anda, data Telefon dan FaceTime boleh dipulihkan dengan mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
AMARAN: Jika anda menyahaktifkan iCloud untuk Telefon & FaceTime, data ini hanya disimpan pada peranti anda dan bukannya di awan. Data FaceTime bukan sebahagian daripada Sandaran iCloud anda dan tidak boleh dipulihkan jika iPad anda hilang atau dicuri.
Sediakan iCloud untuk FaceTime pada iPad anda
Pada iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada berikut:
iPadOS 18 atau lebih baharu: Ketik Lihat Semua, kemudian aktifkan FaceTime.
iPadOS 16 hingga 17: Ketik Tunjukkan Semua, kemudian aktifkan FaceTime.
Data panggilan FaceTime anda—seperti sejarah panggilan dan mel suara video—kini diselaraskan antara peranti dan disimpan dalam awan. Jika anda hilang atau menggantikan iPad anda, data FaceTime boleh dipulihkan dengan mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
AMARAN: Jika anda menyahaktifkan iCloud untuk FaceTime, data ini hanya disimpan pada peranti anda, bukannya di awan. Data FaceTime bukan sebahagian daripada Sandaran iCloud anda dan tidak boleh dipulihkan jika iPad anda hilang atau dicuri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan FaceTime pada iPhone atau iPad anda, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan FaceTime dengan iPhone atau iPad anda.