Naik taraf ke iCloud+ dan urus langganan anda
iCloud+ meluaskan perkhidmatan iCloud anda dengan ciri premium seperti Geganti Peribadi iCloud, Sembunyikan E‑mel Saya, sokongan Video Selamat HomeKit dan semua storan yang anda perlukan untuk data. Untuk maklumat lanjut, lihat Apakah itu iCloud+?
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi langganan iCloud+ anda. Apabila ahli Perkongsian Keluarga menerima, mereka dapat mengakses ciri tersebut dan storan tambahan.
Nota: Langganan iCloud+ dibilkan ke kaedah bayaran yang anda gunakan dengan Apple ID anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melihat langganan dan menukar kaedah bayaran anda, lihat Laman web Sokongan Pengebilan dan Langganan.
Urus langganan iCloud+ anda pada iPhone, iPad atau iPod touch
Pada iPhone, iPad atau iPod touch, lakukan salah satu yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Urus Akaun Storan.
iOS 15, iPadOS 15 atau terdahulu: Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Urus Storan.
Ketik Tukar Pelan Storan, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Naik Taraf: Pilih amaun storan yang anda inginkan, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Turun Taraf: Ketik Pilihan Turun Taraf, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Turun taraf akan berkuat kuasa selepas langganan bulanan atau tahunan semasa anda tamat. Jika anda menurun taraf ke 5 GB storan, anda akan kehilangan akses ke ciri iCloud+.
Urus langganan iCloud+ anda pada Mac
Pada Mac, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik kemudian pilih iCloud.
Klik Urus.
Klik Tukar Pelan Storan atau Tambah Storan, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Naik taraf: Pilih amaun storan yang diinginkan, klik Langgan iCloud+ atau Seterusnya, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Turun Taraf: Klik Pilihan Turun Taraf, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Turun taraf akan berkuat kuasa selepas langganan bulanan atau tahunan semasa anda tamat. Jika anda menurun taraf ke 5 GB storan, anda akan kehilangan akses ke ciri iCloud+.
Urus langganan iCloud+ anda pada komputer Windows
Pada komputer Windows, buka iCloud untuk Windows, kemudian klik Storan.
Klik Beli Lagi Storan atau Tukar Pelan Storan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Naik Taraf: Pilih amaun storan yang anda inginkan, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Turun Taraf: Klik Pilihan Turun Taraf, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Turun taraf akan berkuat kuasa selepas langganan bulanan atau tahunan semasa anda tamat. Jika anda menurun taraf ke 5 GB storan, anda akan kehilangan akses ke ciri iCloud+.
Nota: Jika storan iCloud anda melebihi kapasiti pelan storan baharu, iCloud tidak akan menyegerakkan atau mengemas kini maklumat anda. iCloud mula menyegerak sekali lagi apabila anda meningkatkan kapasiti storan atau memadam maklumat agar lebih banyak ruang tersedia.
Sebelum menurun taraf, muat turun atau keluarkan kandungan yang melebihi jumlah storan anda. Lihat artikel Sokongan Apple Arkibkan atau buat salinan maklumat yang anda simpan di iCloud.
Untuk maklumat tentang penggabungan storan iCloud dan langganan Apple, lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.