
Kongsi folder dalam Nota di iCloud.com
Anda boleh berkongsi folder dengan satu atau lebih individu. Apabila anda berkongsi folder, semua subfolder dan nota dalam folder itu akan turut dikongsi. Hanya orang yang anda jemput ke folder boleh melihat atau mengedit kandungan folder itu.
Nota: Anda tidak boleh berkongsi folder yang mengandungi nota yang dikunci.
Apabila anda berkongsi folder, butang Urus Peserta
akan muncul di sebelah folder dalam bar sisi.
Nota: Anda perlu menggunakan tablet atau komputer untuk berkongsi folder dan mengurus perkongsian. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat kemas kini pada folder yang dikongsi dan memadamkan folder yang dikongsi pada telefon.
Kongsi folder
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Dalam bar sisi, pilih
di sebelah folder yang ingin anda kongsikan. (Pada komputer, tahan penuding anda di atas folder sehingga
muncul.)Jika anda menggunakan tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Pilih Kongsi Folder, kemudian pilih pilihan perkongsian:
E‑mel: Pilih E‑mel, pilih tahap kebenaran peserta, kemudian pilih Kongsi. Dalam tetingkap yang muncul, tambahkan alamat e‑mel dalam medan Kepada, tulis mesej pilihan, kemudian pilih
.Salin Pautan: Pilih Salin Pautan, kemudian tambahkan alamat e‑mel atau nombor telefon peserta anda. Dalam Pilihan Perkongsian, pilih tahap kebenaran mereka, kemudian pilih Kongsi.
Nota: Anda boleh menjemput orang menggunakan sebarang alamat e‑mel atau nombor telefon. Namun, peserta memerlukan Akaun Apple untuk melihat dan mengedit nota.
Urus peserta dalam folder yang dikongsi
Pemilik folder boleh menambahkan dan mengeluarkan peserta. Sesiapa sahaja yang telah ditambahkan pada nota dan diberikan kebenaran untuk menambahkan orang lain juga boleh menambahkan dan mengeluarkan peserta. Mana-mana peserta sentiasa boleh mengeluarkan diri mereka sendiri.
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di sebelah kanan folder dalam bar sisi.Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah peserta: Pilih butang Tambah Orang di bahagian bawah senarai peserta. Apabila seseorang telah dijemput tetapi belum lagi menerima jemputan anda, Dijemput akan tertera di bawah nama individu tersebut.
Urus kebenaran: Ketik atau tahan penuding di atas nama individu tersebut, pilih
, kemudian pilih sama ada individu tersebut boleh membuat perubahan atau hanya boleh melihat folder. Anda juga boleh membenarkan individu itu untuk menambahkan individu lain.Keluarkan peserta: Ketik atau tahan penuding di atas nama orang tersebut, kemudian pilih
dan pilih Keluarkan Akses.
Petua: Anda juga boleh memilih butang Lihat Peserta
pada nota dalam folder yang dikongsi, kemudian pilih Urus Folder yang Dikongsi untuk melaraskan kebenaran peserta bagi folder tersebut.
Keluarkan diri anda dari folder yang dikongsi
Jika anda ialah peserta, anda boleh mengeluarkan diri sendiri dari folder yang dikongsi.
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di sebelah kanan folder dalam bar sisi.Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Ketik atau tahan penuding di atas nama anda, kemudian pilih
dan pilih Keluarkan Saya.
Berhenti berkongsi folder
Nota: Anda mestilah pemilik folder untuk berhenti berkongsi folder itu.
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di sebelah kanan folder dalam bar sisi.Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Lakukan salah satu yang berikut:
Berhenti berkongsi dengan semua peserta: Pilih Hentikan Perkongsian.
Berhenti berkongsi dengan hanya seorang peserta: Ketik atau tahan penuding di atas nama orang tersebut, kemudian pilih
dan pilih Keluarkan Akses.