
Sediakan iCloud untuk Numbers pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Numbers pada iPhone, iPad dan Mac anda dan di iCloud.com. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Bekerjasama pada hamparan Numbers dan pastikan dokumen tersebut dikemas kini dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti mematikan ciri iCloud Drive dan Numbers, anda tidak akan dapat mengakses hamparan anda yang disimpan dalam iCloud pada peranti.
Sediakan iCloud untuk Numbers pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Pastikan iCloud Drive dihidupkan. Jika tidak, ketik Drive (atau iCloud Drive), kemudian hidupkan Segerakkan [peranti] ini.
Ketik Lihat Semua (atau Tunjukkan Semua), kemudian hidupkan Numbers.
Untuk melihat hamparan Numbers yang disimpan dalam iCloud, buka app Fail, ketik iCloud Drive di bawah Lokasi, kemudian pergi ke folder Numbers atau folder lain yang mengandungi hamparan Numbers.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Numbers dan iCloud pada iPhone atau iPad anda, lihat mana-mana yang berikut:
Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone: Gunakan iCloud dengan Numbers pada iPhone atau Bekerjasama pada hamparan dikongsi dalam Numbers pada iPhone.
Panduan Pengguna Numbers untuk iPad: Gunakan iCloud dengan Numbers pada iPad atau Bekerjasama pada hamparan dikongsi dalam Numbers pada iPad.
Sediakan iCloud untuk Numbers pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik "Daftar masuk", masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, klik Drive (atau iCloud Drive), kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Hidupkan Segerakkan Mac ini. Klik Penyegerakan App kepada iCloud Drive, kemudian hidupkan Numbers.
macOS 13 hingga 13.2: Klik Hidupkan. Klik butang Pilihan, kemudian pilih Numbers.
Untuk melihat hamparan Numbers yang disimpan dalam iCloud, buka Finder, klik iCloud Drive dalam bar sisi, kemudian pergi ke folder Numbers atau folder lain yang mengandungi hamparan Numbers.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Numbers dan iCloud pada Mac anda, lihat Gunakan iCloud dengan Numbers pada Mac atau Bekerjasama pada hamparan dikongsi dalam Numbers pada Mac.
Gunakan Numbers di iCloud.com
Anda boleh mengedit dan bekerjasama pada hamparan Numbers dalam pelayar web pada komputer.
Pergi ke icloud.com/numbers dan daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Numbers di iCloud.com pada komputer anda, lihat Panduan Pengguna Numbers untuk iCloud.