Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Tambah atau keluarkan orang yang berkongsi domain e‑mel tersuai di iCloud.com
Jika anda menambahkan domain e‑mel tersuai ke Mail iCloud, anda boleh berkongsi domain tersebut dengan maksimum lima orang lain. Setiap orang yang anda kongsikan perlu memiliki Apple ID, telah menghidupkan pengesahan dua faktor dan memiliki alamat e‑mel Mail iCloud.
Nota: Hanya pemilik domain yang boleh menambah dan mengeluarkan orang.
Tambah orang
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Domain E‑mel Tersuai.
Pilih domain yang ingin anda kongsi.
Klik Tambah Orang, masukkan nombor telefon atau alamat e‑mel orang yang ingin anda tambahkan, kemudian klik Teruskan.
Nota: Anda boleh menambah seseorang yang bukan sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga anda jika mereka melanggan iCloud+. Apabila mereka menerima jemputan, mereka akan ditambahkan ke domain.
Jika anda menambahkan seseorang dan mereka memiliki alamat e‑mel sedia ada di domain itu, anda boleh menugaskan domain itu kepada mereka. Taipkan alamat e‑mel dalam medan di bawah nama mereka. Setelah anda selesai menambah e‑mel, klik “Tambah alamat e‑mel”.
Keluarkan orang
Apabila anda mengeluarkan seseorang dari domain anda, sebarang alamat e‑mel yang mereka cipta akan dipadam dan e‑mel seterusnya yang dihantar ke alamat tersebut akan dikembalikan kepada pengirim.
Walau bagaimanapun, sebarang e‑mel yang mereka hantar dan terima sebelum anda mengeluarkan mereka akan kekal dalam akaun Mail iCloud mereka.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Domain E‑mel Tersuai.
Pilih domain yang anda inginkan untuk mengeluarkan seseorang.
Klik di sebelah nama mereka, kemudian klik Keluarkan.