Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Pastikan mesej anda dikemas kini dengan iCloud
Dengan iCloud, mesej anda dikemas kini pada semua peranti anda. Anda juga boleh menggunakan Mesej untuk bekerjasama dengan orang lain.
Akses mesej yang sama pada semua peranti anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Mesej, mesej anda disimpan dalam awan, dengan hanya Mesej yang baru diakses disimpan secara setempat pada peranti anda. Anda boleh melihat mesej tersebut pada sebarang peranti yang disediakan untuk iCloud dan Mesej, termasuk iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda.
Atas sebab mesej anda terletak dalam awan, jika anda menghantar, menerima atau memadamkan mesej pada satu peranti, kemas kini tersebut tertera di mana sahaja. Anda akan melihat versi mesej anda yang paling terkini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.
Nota: Mesej anda, bersama foto dan lampiran lain, dikira dalam storan iCloud anda.
Berkongsi dan bekerjasama menggunakan Mesej
Pada peranti dengan iOS 16, iPadOS 16, macOS 13 atau terkini, anda boleh menggunakan Mesej untuk bekerjasama pada projek dalam iCloud Drive, Pages, Numbers, Keynote, Nota, Peringatan, Safari dan app pihak ketiga yang disokong. Apabila anda berkongsi fail dalam mesej, setiap orang dalam perbualan akan ditambah secara automatik.
Apabila kolaborator membuat perubahan pada fail dikongsi, setiap orang akan dapat melihat kemas kini aktiviti di sebelah atas perbualan Mesej.