Sediakan iCloud untuk Apple Books pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Apple Books pada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan pustaka dan seting Apple Books anda sentiasa terkini dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang tidak didaftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan ciri Apple Books, anda tidak akan dapat mengakses kandungan yang disimpan dalam iCloud pada peranti tersebut.
Sediakan iCloud untuk Apple Books pada iPhone, iPad atau iPod touch anda
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Pastikan iCloud Drive telah diaktifkan. Jika tidak, lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Ketik iCloud Drive, kemudian hidupkan Segerakkan [peranti] ini.
iOS 15, iPadOS 15 atau terdahulu: Hidupkan iCloud Drive.
Hidupkan Buku. Jika anda tidak dapat melihatnya, ketik Tunjukkan Semua dahulu.
Pergi ke Seting > Buku, kemudian hidupkan Membaca Sekarang dan iCloud Drive.
Untuk melihat buku dan maklumat lain yang disimpan di iCloud, buka app Apple Books. Anda perlu memuat turun buku yang dibeli pada peranti lain untuk melihatnya pada iPhone, iPad atau iPod touch anda.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan Apple Books pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, lihat daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Baca buku dalam app Buku pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Baca buku dalam app Buku pada iPad
Panduan Pengguna iPod touch (iOS 15 atau terdahulu): Baca buku dalam app Buku pada iPod touch
Sediakan iCloud untuk Apple Books pada Mac anda
Pad Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, klik iCloud Drive, kemudian hidupkan Segerakkan Mac ini. Klik Penyegerakkan App kepada iCloud Drive, kemudian hidupkan Buku.
macOS 13 hingga 13.2: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, klik iCloud Drive, kemudian klik Hidupkan. Klik butang Pilihan, kemudian pilih Buku.
macOS 12 atau terdahulu: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, klik iCloud, kemudian pilih Buku.
Dalam app Buku, lakukan salah satu daripada yang berikut:
macOS 13 atau terkini: Pilih Buku > Seting, klik Umum, kemudian pilih Sedang Dibaca dan “Koleksi, penanda buku dan sorotan.”
macOS 12 atau terdahulu: Pilih Buku > Keutamaan, klik Umum, kemudian pilih Sedang Dibaca dan “Koleksi, penanda buku dan sorotan.”
Untuk melihat buku dan maklumat lain yang disimpan di iCloud, buka app Buku. Anda perlu memuat turun buku yang dibeli pada peranti lain untuk melihatnya pada Mac anda.
Untuk maklumat lanjut, lihat Baca buku dalam Buku pada Mac dan Muat turun buku atau buku audio yang dibeli dan dikemas kini dalam Buku pada Mac dalam Panduan Pengguna Apple Books untuk Mac.