Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Lihat atau muat turun lampiran dalam Nota di iCloud.com
Anda boleh melampirkan item pada nota menggunakan app Nota pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac anda yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Anda kemudian boleh melihat dan memuat turun lampiran tersebut—foto, fail audio, peta, fail iWork dan banyak lagi—dalam Nota di iCloud.com.
Nota: Dalam nota yang dikunci di iCloud.com, anda akan melihat ruang letak untuk lampiran dan bukannya kandungan lampiran yang sebenar. Untuk melihat lampiran dalam nota terkunci, gunakan app Nota pada peranti anda yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Lihat atau mainkan foto, fail audio, peta dan lampiran lain
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota yang mengandungi lampiran yang ingin anda lihat atau mainkan.
Dwiklik lampiran.
Kandungan yang dilampirkan dimuat turun ke komputer anda, dibuka dalam app yang sesuai atau kedua‑duanya.
Lihat dan muat turun dokumen yang diimbas
Anda boleh melihat dan memuat turun dokumen yang anda imbas menggunakan app Nota pada iPhone, iPad atau iPod touch anda.
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota yang mengandungi dokumen yang diimbas.
Lakukan salah satu yang berikut:
Lihat dokumen: Dwiklik imej kecil dokumen yang diimbas.
Muat turun dokumen: Dwiklik imej kecil dokumen yang diimbas, kemudian klik .
Untuk melihat dan memuat turun dokumen lain, klik imej kecil dokumen itu dalam tetingkap Dokumen Yang Diimbas.
Lihat dan edit dokumen iWork yang dilampirkan
Anda boleh melihat dan mengedit dokumen Pages, Numbers dan Keynote yang anda lampirkan menggunakan app Nota pada peranti anda yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Dalam Nota di iCloud.com, pilih nota yang mengandungi lampiran Pages, Numbers atau Keynote.
Dwiklik lampiran.
Satu salinan lampiran disimpan dalam iCloud Drive dan dibuka dalam Pages untuk iCloud, Numbers untuk iCloud atau Keynote di iCloud. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang iCloud Drive, lihat Gunakan iCloud Drive di iCloud.com
Penting: Sebarang perubahan yang anda buat hanya menjejaskan salinan dokumen yang disimpan dalam iCloud Drive, bukan pada dokumen yang dilampirkan pada nota itu.