Sandarkan iPhone, iPad atau iPod touch ke iCloud
Anda boleh menggunakan iCloud untuk menyandarkan iPhone, iPad atau iPod touch anda. Anda boleh menyesuaikan app dan data yang disandarkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang termasuk dalam sandaran iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud? Untuk mengetahui tentang pengurusan sandaran anda, lihat Lihat dan urus sandaran peranti iCloud.
Hidupkan sandaran automatik
Apabila anda menghidupkan Sandaran iCloud, iCloud menyandarkan maklumat peranti anda secara automatik melalui Wi‑Fi apabila peranti anda dihidupkan, dikunci dan disambungkan ke sumber kuasa.
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Hidupkan ciri Sandarkan [peranti] Ini.
Jika peranti dan pembekal khidmat anda menyokongnya, anda juga boleh menghidupkan Sandaran Melalui Selular untuk menggunakan data selular dengan Sandaran iCloud dan bukannya Wi‑Fi apabila Wi‑Fi tidak tersedia.
Sesuaikan app dan data yang disandarkan untuk peranti
Anda boleh menyesuaikan app dan data yang termasuk dalam sandaran iCloud anda.
Beberapa app Apple menyandarkan data ke iCloud tetapi tidak termasuk dalam senarai app. Anda hanya boleh mematikan sandaran untuk app yang disenaraikan.
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 16, iPadOS 16 atau terkini: Ketik Sandaran iCloud.
iOS 15, iPadOS 15, atau terdahulu: Ketik Urus Storan, kemudian ketik Sandaran.
Ketik nama peranti anda.
Nota: Walaupun anda dapat melihat semua peranti yang telah menghidupkan Sandaran iCloud, anda hanya boleh menukar app yang termasuk dalam sandaran untuk peranti yang sedang anda gunakan.
Hidupkan atau matikan sandaran untuk setiap app.
Senarai app mungkin disingkatkan. Ketik Tunjukkan Semua App untuk melihat senarai lengkap.
Sandarkan secara manual
Setelah anda menghidupkan sandaran automatik, anda boleh menyandarkan peranti anda secara manual pada bila‑bila masa.
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Ketik Sandarkan Sekarang.
Matikan sandaran automatik
Jika anda mematikan Sandaran iCloud untuk peranti, sebarang sandaran yang disimpan dalam iCloud disimpan selama 180 hari sebelum dipadamkan.
Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Matikan ciri Sandarkan [peranti] Ini.
Jika anda memerlukan bantuan dengan Sandaran iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak dapat membuat sandaran ke iCloud dan Jika pemulihan daripada sandaran iCloud gagal.
Anda juga boleh menggunakan komputer anda untuk menyandarkan peranti anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menyandarkan iPhone, iPad dan iPod touch anda.