
App dan ciri yang menggunakan iCloud
iCloud membantu anda memastikan maklumat paling penting anda—seperti foto, fail, sandaran anda dan banyak lagi—selamat, terkini dan tersedia merentas semua peranti anda.
Apabila anda mendaftar masuk pada peranti Apple yang baharu, ciri utama iCloud seperti Foto iCloud, Sandaran, iCloud Drive dan banyak lagi disediakan secara automatik. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri ini pada bila‑bila masa dan menyesuaikan seting untuk setiap peranti. Lihat Sediakan iCloud pada semua peranti anda.
Jika anda menggunakan versi percuma iCloud, anda mempunyai 5 GB storan iCloud untuk data. Anda boleh menaik taraf kepada iCloud+ untuk mendapatkan hingga 12 TB storan pada bila-bila masa. Lihat Beli lebih banyak storan iCloud dengan iCloud+.
Nota: Bukan semua ciri iCloud tersedia di semua negara atau rantau. Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.
App menggunakan iCloud
Ikon | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Foto Simpan foto anda di iCloud. Lihat dan kongsikan pada semua peranti anda dan di iCloud.com. Ketahui lebih lanjut tentang iCloud dan Foto. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, Apple TV 4K, Apple Vision Pro dan iCloud untuk Windows. | ||||||||||
![]() | iCloud Drive Pastikan fail anda diselaraskan dengan iCloud. Akses dan kongsikannya pada semua peranti anda dan di web di iCloud.com. Ketahui lebih lanjut tentang iCloud Drive. Tersedia pada iPhone dan iPad (melalui app Fail), Mac (melalui app Finder), Apple Vision Pro (melalui app Fail) dan iCloud untuk Windows. | ||||||||||
![]() | Mail iCloud Cipta alamat e‑mel @icloud.com yang percuma serta hantar dan terima mel pada peranti Apple anda dan di web di iCloud.com. Ketahui lebih lanjut tentang Mail iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Kata laluan dan Rantai Kunci Simpan kata laluan, kad kredit anda serta banyak lagi dengan selamat dalam iCloud. Isi auto maklumat anda dalam Safari dan pelayar web lain yang disokong. Ketahui lebih lanjut tentang Kata Laluan iCloud dan Rantai Kunci iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Vision Pro dan iCloud untuk Windows. | ||||||||||
![]() | Nota Selaraskan nota anda secara automatik kepada iCloud agar anda dapat melihat, mengedit, berkongsi dan bekerjasama daripada sebarang peranti Apple anda. Ketahui lebih lanjut tentang Nota dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Mesej Selaraskan mesej anda kepada iCloud agar anda dapat meneruskan perbualan anda daripada semua peranti Apple anda. Anda boleh juga menggunakan Mesej untuk bekerjasama pada projek. Ketahui lebih lanjut tentang Mesej dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Kesihatan Sandarkan data kesihatan anda dengan iCloud. Anda juga boleh berkongsi data kesihatan dengan rakan dan keluarga secara selamat. Lihat artikel Sokongan Apple Kongsi dan lihat data kesihatan dalam app Kesihatan. Tersedia pada iPhone dan iPad. | ||||||||||
![]() | Kalendar Pastikan kalendar anda terkini pada semua peranti anda dan akses kalendar anda di web di iCloud.com. Anda juga boleh bekerjasama pada kalendar dikongsi. Ketahui lebih lanjut tentang Kalendar dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, Apple Vision Pro dan iCloud untuk Windows. | ||||||||||
![]() | Kenalan Pastikan kenalan anda terkini pada semua peranti anda dan akses kenalan anda di web di iCloud.com. Ketahui lebih lanjut tentang Kenalan dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan iCloud untuk Windows. | ||||||||||
![]() | Peringatan Pastikan peringatan anda terkini pada semua peranti Apple anda dan akses peringatan anda di web di iCloud.com. Anda juga boleh bekerjasama pada senarai peringatan yang dikongsi. Ketahui lebih lanjut tentang Peringatan dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Safari Pastikan penanda buku Safari, Senarai Bacaan, Kumpulan Tab dan tab pelayar terbuka anda terkini pada semua peranti Apple anda. Anda juga boleh bekerjasama pada Kumpulan Tab. Ketahui lebih lanjut tentang Safari dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Cari Cari rakan, keluarga, peranti Apple anda atau item harian. Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian lokasi dengan Cari. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch. | ||||||||||
![]() | News Pastikan kandungan yang anda ikuti, baca, dengar dan banyak lagi diselaraskan pada semua peranti Apple anda. Lihat artikel Sokongan Apple Layari Apple News untuk mendapatkan berita utama, sukan dan teka-teki terkini. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Saham Pastikan senarai amatan dan simbol pita anda diselaraskan pada semua peranti Apple anda. Lihat Gunakan senarai amatan Saham yang sama pada Mac, iPhone, dan iPad anda dalam Panduan Pengguna Saham. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Rumah Sediakan aksesori HomeKit dalam Rumah dan kawal aksesori tersebut daripada semua peranti Apple anda. Anda juga boleh berkongsi kawalan rumah anda dengan orang lain. Ketahui lebih lanjut tentang Rumah dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Fitness+ Pastikan sejarah dan data latihan anda diselaraskan pada semua peranti Apple anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan Apple Fitness+. Tersedia pada iPhone, iPad, Apple Watch dan Apple TV 4K. | ||||||||||
![]() | Wallet Sahkan semula kaedah pembayaran yang disimpan dan pas selamat dengan mudah apabila anda menyediakan peranti baharu. Pastikan pas masuk pesawat, kad kesetiaan, tiket acara dan banyak lagi diselaraskan pada semua peranti Apple anda. Lihat artikel Sokongan Apple Tambah, guna dan berkongsi pas masuk pesawat, tiket dan pas lain dalam Apple Wallet. Tersedia pada iPhone dan Apple Watch. | ||||||||||
![]() | Game Center Daftar masuk secara automatik dengan profil Game Center anda dalam permainan yang disokong. Anda mungkin boleh memperoleh pencapaian, bersaing pada papan pendahulu atau menjemput rakan untuk bermain permainan berbilang pemain. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Game Center pada iPhone, iPad atau Mac anda. Tersedia pada iPhone, iPad dan Mac. | ||||||||||
![]() | Siri Pastikan seting Siri terkini pada semua peranti Apple anda. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada semua peranti Apple anda. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, Apple TV 4K dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | FaceTime Pastikan sejarah panggilan dan mesej video anda terkini pada semua peranti Apple anda. Ketahui lebih lanjut tentang FaceTime dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple TV 4K dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Jurnal Selaraskan masukan jurnal anda kepada iCloud secara automatik supaya anda boleh melihat, mengedit, dan mengeksport daripada mana-mana peranti Apple anda. Lihat Bermula dengan Jurnal pada iPhone. Tersedia pada iPhone, iPad dan Mac. | ||||||||||
![]() | Freeform Selaraskan papan anda secara automatik ke iCloud agar anda dapat melihat, edit, berkongsi dan bekerjasama dari sebarang peranti Apple anda. Ketahui lebih lanjut tentang Freeform dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Buku Pastikan buku, buku audio dan PDF anda terkini pada semua peranti Apple anda. Ketahui lebih lanjut tentang Buku dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Pages Lihat dan edit dokumen anda pada sebarang peranti Apple dan akses dokumen tersebut di web di iCloud.com. Anda juga boleh bekerjasama pada dokumen dikongsi. Ketahui lebih lanjut tentang Pages dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Numbers Lihat dan edit hamparan anda pada sebarang peranti Apple dan akses hamparan tersebut di web di iCloud.com. Anda juga boleh bekerjasama pada hamparan dikongsi. Ketahui lebih lanjut tentang Numbers dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Keynote Lihat dan edit pembentangan anda pada sebarang peranti Apple dan akses pembentangan tersebut di web di iCloud.com. Anda juga boleh bekerjasama pada pembentangan dikongsi. Ketahui lebih lanjut tentang Keynote dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Peta Pastikan Kegemaran, Panduan anda dan banyak lagi terkini pada semua peranti Apple anda. Lihat halaman sokongan Peta Apple. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Muzik Pastikan muzik yang anda beli, kandungan yang anda tambah dan perubahan yang anda buat pada pustaka anda terkini pada semua peranti Apple anda. Lihat Dapatkan muzik pada iPhone dan Tambah muzik untuk membina pustaka anda dalam Muzik pada Mac. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, Apple TV 4K dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Telefon Pastikan sejarah panggilan dan mel suara anda terkini pada semua peranti Apple anda. Ketahui lebih lanjut tentang Telefon dan iCloud. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch. | ||||||||||
![]() | Pintasan Pastikan pintasan anda terkini pada semua peranti Apple anda. Anda boleh juga berkongsi pintasan dengan orang lain. Lihat Pengenalan kepada Pintasan pada iPhone dan iPad dan Pengenalan kepada Pintasan pada Mac dalam Panduan Pengguna Pintasan. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Memo Suara Pastikan rakaman audio Memo Suara anda terkini pada semua peranti Apple anda. Lihat Lihat rakaman pada semua peranti Apple anda. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | Watch Pastikan seting Apple Watch anda adalah terkini. Lihat App Apple Watch. Tersedia pada iPhone. | ||||||||||
![]() | VoiceOver Pastikan seting VoiceOver terkini pada semua peranti Apple anda. Lihat Tukar seting VoiceOver anda pada iPhone dan Sesuaikan VoiceOver dengan VoiceOver Utility pada Mac. Tersedia pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro. | ||||||||||
![]() | App pihak ketiga Pastikan data daripada app pihak ketiga terkini pada semua peranti Apple anda. Ketahui lebih lanjut tentang app pihak ketiga dan iCloud. | ||||||||||
Sandaran peranti
Ikon | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Sandaran iCloud Sandarkan secara automatik iPhone atau iPad anda ke iCloud agar anda dapat memulihkan kembali data anda jika anda kehilangan peranti anda atau mendapat yang baharu. Ketahui lebih lanjut tentang Sandaran iCloud. | ||||||||||
iCloud+
Ikon | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Jemputan Apple Cipta dan berkongsi jemputan tersuai untuk acara anda. Lihat Gunakan Jemputan Apple di iCloud.com. Tersedia pada iPhone. | ||||||||||
![]() | Geganti Peribadi Sembunyikan alamat IP dan aktiviti pelayaran anda dalam Safari dan lindungi trafik Internet anda yang tidak disulitkan agar tiada orang—termasuk Apple—dapat melihat anda dan laman yang anda lawati. Ketahui lebih lanjut tentang Geganti Peribadi. | ||||||||||
![]() | Sembunyikan E‑mel Saya Pastikan alamat e‑mel peribadi anda sulit dengan mencipta alamat yang unik dan rawak yang memajukan mel ke peti masuk peribadi anda dan boleh dipadamkan pada bila‑bila masa. Ketahui lebih lanjut tentang Sembunyikan E‑mel Saya. | ||||||||||
![]() | Domain E‑mel Tersuai Peribadikan Mail iCloud dengan domain e‑mel tersuai dan kongsikan dengan rakan dan keluarga. Ketahui lebih lanjut tentang menyediakan domain e‑mel tersuai. | ||||||||||
![]() | Video Selamat HomeKit Gunakan Video Selamat HomeKit untuk menyimpan video daripada kamera keselamatan rumah dalam iCloud dan lihat rakaman anda dari mana-mana sahaja sambil memastikan rakaman itu sulit dan selamat. Ketahui lebih lanjut tentang Video Selamat HomeKit. | ||||||||||






































