Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Pulihkan penanda buku Safari anda di iCloud.com
Anda boleh memulihkan penanda buku Safari anda daripada versi terdahulu yang telah diarkibkan di iCloud secara automatik. Sebagai contoh, anda mungkin ingin memulihkan versi terdahulu untuk memulihkan beberapa penanda buku yang telah dipadamkan secara tidak sengaja.
Apabila anda memulihkan versi terdahulu, versi semasa anda akan diarkibkan terlebih dahulu dalam iCloud supaya anda boleh berbalik kepada versi ini sekiranya anda bertukar fikiran.
Pergi ke icloud.com/recovery, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Petua: Jika anda sudah berada di iCloud.com, anda juga boleh memilih
dalam bar alat, kemudian pilih Pemulihan.Pilih Pulihkan Penanda Buku.
Anda boleh mengisih penanda buku yang tersedia mengikut Tarikh Dipadamkan, Nama atau Folder.
Pilih Pulihkan di sebelah kanan versi yang ingin dipulihkan.
Mungkin ada lebih banyak versi yang boleh dipaparkan. Tatal untuk melihat semuanya.
Nota: Tunggu sehingga iCloud selesai memulihkan penanda buku Safari anda sebelum anda menukarnya. Semasa proses pemulihan, sebarang perubahan yang anda lakukan tidak akan disimpan.
Penanda buku yang dipulihkan tertera pada semua peranti anda yang telah menghidupkan Safari dalam seting iCloud.
Jika anda berubah fikiran, anda boleh memulihkan penanda buku Safari yang anda gunakan. Ikuti langkah di atas untuk memulihkan versi terbaharu yang tersedia.