Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Cari foto atau video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Notis undang-undang dan perakuan
- Hak cipta dan tanda dagangan

Import e‑mel dari akaun lain ke Mail iCloud
Selepas anda mencipta alamat e-mel utama untuk Mail iCloud, anda boleh mengimport e-mel daripada akaun lain, seperti Gmail, Yahoo atau Outlook ke dalam akaun Mail iCloud anda. Anda boleh melihatnya kemudian dalam app Mail dan di iCloud.com.
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Proses ini mengimport e‑mel yang pada masa ini berada dalam akaun anda yang lain tetapi tidak mengimport sebarang e‑mel yang anda terima pada masa hadapan. Jika anda ingin melihat e‑mel masa hadapan dari akaun anda yang lain dalam akaun Mail iCloud anda, sediakan pemajuan e‑mel dalam akaun yang lain itu.
Proses ini mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum anda mula melihat e‑mel yang diimport. Anda boleh meninggalkan halaman dan import akan diteruskan. Selepas import selesai, anda boleh melihat e‑mel dalam folder baharu yang dinamakan mengikut alamat e‑mel anda yang lain.
Import e‑mel pada iPhone atau iPad anda
Peranti anda mesti mempunyai iOS 17, iPadOS 17 atau lebih baharu.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Mail iCloud, kemudian ketik Import Mesej.
Ikuti arahan pada skrin.
Jika anda mengimport e‑mel sebelum ini, ketik Import dari Alamat Lain terlebih dahulu.
Import e‑mel di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di bahagian atas senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.Pilih Import Mesej dalam bar sisi, kemudian pilih Import.
Pilih “Pilih penyedia”, pilih satu pilihan, kemudian pilih Teruskan.
Ikuti arahan pada skrin.
Jika anda ingin mengimport e‑mel ke alamat e‑mel tersuai anda, lihat Import e‑mel sedia ada ke alamat Mail iCloud tersuai anda di iCloud.com.