
Susun nota dalam folder di iCloud.com
Anda boleh mencipta folder untuk memastikan nota anda tersusun. Anda boleh mencipta folder anda sendiri, dan Nota mencipta folder berikut secara automatik:
Semua iCloud: Menunjukkan nota pada semua folder kecuali folder Terbaru Dipadamkan.
Nota: Mengandungi nota yang belum dipindahkan ke folder yang anda cipta atau tidak terdapat dalam folder Terbaru Dipadamkan.
Terbaru Dipadamkan: Mengandungi nota yang anda padamkan dalam masa 30 hari yang lalu.
Cipta folder
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih Folder Baharu di bahagian bawah senarai folder.
Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Namakan folder tersebut, kemudian tekan kekunci Return atau Enter.
Folder anda dipaparkan dalam senarai folder mengikut urutan abjad.
Petua: Anda juga boleh mencipta folder baharu dalam folder sedia ada. Pilih
di sebelah folder yang ingin anda tambahkan subfolder. (Pada komputer, tahan penuding anda di atas folder sehingga
muncul.) Kemudian pilih Folder Baharu.
Namakan semula folder
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di sebelah folder yang ingin anda namakan semula. (Pada komputer, tahan penuding anda di atas folder sehingga
muncul.)Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Pilih Namakan Semula Folder, tambahkan nama baharu, kemudian tekan Return atau Enter.
Folder anda dipaparkan dalam senarai folder mengikut urutan abjad.
Padamkan folder
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di sebelah folder yang ingin anda padamkan. (Pada komputer, tahan penuding anda di atas folder sehingga
muncul.)Jika anda menggunakan telefon atau tablet dan anda tidak melihat senarai folder, pastikan senarai folder dibuka.
Pilih Padam Folder.
Nota dalam folder yang anda padam dikeluarkan ke folder Terbaru Dipadamkan dan akan kekal selama 30 hari. Pada masa itu, anda masih boleh melihat dan memulihkannya. Selepas 30 hari, nota akan dikeluarkan secara kekal daripada iCloud.com dan mana-mana peranti Apple yang telah anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama. Lihat Padam dan pulihkan nota di iCloud.com.
Anda tidak boleh memadam folder Semua iCloud, Nota atau Terbaru Dipadamkan tetapi anda boleh memadamkan nota di dalam folder tersebut. Jika anda memadamkan semua nota dalam folder Terbaru Dipadamkan, ia akan hilang sehingga anda memadamkan lebih banyak nota.
Alihkan folder atau nota daripada satu folder kepada folder yang lain
Anda perlu menggunakan komputer untuk mengalihkan folder atau nota.
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Seret nota atau folder kepada folder lain.
Apabila anda memindahkan nota atau folder kepada folder baharu, nota mengambil kebenaran perkongsian folder itu secara automatik. Contohnya, jika anda memindahkan nota kepada folder yang dikongsi, nota itu juga dikongsi. Jika anda memindahkan nota keluar dari folder yang dikongsi, nota itu tidak lagi dikongsi. Lihat Kongsi folder dalam Nota di iCloud.com.
Anda tidak boleh memindahkan nota ke folder Semua iCloud.
Petua: Untuk memindahkan subfolder ke aras teratas senarai folder, seret dan lepas subfolder itu kepada folder Semua iCloud.