Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Arkibkan e‑mel dalam Mel di iCloud.com
Anda boleh memindahkan e‑mel ke folder Arkib untuk memastikan peti masuk anda tidak berselerak. Tidak seperti e‑mel yang anda pindahkan ke folder Sampah, e‑mel yang diarkib kekal dalam folder Arkib sehingga anda memadam e‑mel tersebut. Anda boleh melihat folder Arkib dalam Senarai Peti Mel.
Petua: Untuk memindahkan e‑mel dengan cepat ke folder Arkib, anda boleh menggantikan butang Padam dengan butang Arkib dalam seting Mel.
Arkibkan e‑mel
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih satu atau lebih e-mel yang ingin anda arkibkan dalam senarai e-mel anda:
Pada telefon atau tablet: Ketik Edit di bahagian atas senarai e-mel, kemudian ketik
di sebelah satu e-mel atau banyak e-mel.Pada komputer: Klik e-mel. Untuk memilih berbilang e-mel, Command-klik (pada Mac) atau klik dengan menahan Control-klik (pada peranti Windows) e-mel tersebut.
Pilih Alihkan atau
, kemudian pilih Arkibkan.Petua: Jika anda memilih untuk menunjukkan butang Arkib dan bukannya butang Padam, anda boleh memilih Arkibkan atau
.
Tunjukkan butang Arkib dan bukannya butang Padam
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih
di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.Pilih Melihat dalam bar sisi, kemudian pilih kotak semak “Tunjukkan butang Arkibkan dalam bar alat”.