Sediakan pemajuan panggilan pada iPhone
Anda boleh menyediakan pemajuan panggilan pada iPhone jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian GSM.
Jika anda mempunyai perkhidmatan selular menerusi rangkaian CDMA, hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan pemajuan panggilan.
Pergi ke Seting
> App > Telefon.
Ketik Pemajuan Panggilan, kemudian aktifkan Pemajuan Panggilan.
Ikon Pemajuan Panggilan
kelihatan dalam bar status apabila pemajuan panggilan aktif.
Pada model dengan Dwi SIM, pilih talian.
Ketik Majukan Kepada, masukkan nombor yang anda mahu dihalakan semula, kemudian ketik Balik.
Anda mesti berada dalam julat rangkaian selular apabila anda setkan iPhone untuk memajukan panggilan, atau panggilan tidak akan dimajukan.
Jika pembawa anda menyokong pemajuan panggilan bersyarat semasa talian sibuk atau tiada dalam perkhidmatan, hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat persediaan.