Pengenalan kepada senarai main dalam Muzik pada iPhone
Senarai main ialah kompilasi tersuai lagu dan video muzik. Anda mungkin mahu mencipta senarai main untuk melakukan yang berikut:
Sesuai dengan perasaan atau keraian. Contohnya, anda boleh mencipta senarai main untuk parti makan malam, perkahwinan atau senaman pagi anda.
Pilih lagu tertentu untuk dikongsi dengan orang lain pada rangkaian setempat anda atau untuk menyelaraskan dengan peranti Mac atau Windows anda.
Susun pustaka muzik anda.
Apabila anda melanggan Apple Music, terdapat beberapa jenis senarai main lain tersedia.
Senarai main Lagu Kegemaran: Lihat Tandakan item sebagai kegemaran.
Senarai main dicipta oleh mana-mana penyumbang Apple Music: Lihat Tambah muzik ke iPhone dan dengar di luar talian.
Senarai main dicipta oleh pelanggan lain yang anda ikuti: Lihat Lihat apa yang rakan anda sedang dengar.
Senarai main istimewa (seperti Main Semula): Lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Main Semula Apple Music anda.
Senarai main kolaboratif: Lihat Kerjasama pada senarai main dan Sertai senarai main kolaboratif.
Perubahan yang anda lakukan ke pustaka muzik anda (contohnya, mencipta senarai main) dikemas kini merentas semua peranti anda apabila Selaraskan Pustaka diaktifkan (pergi ke Seting > App > Muzik, kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka). Jika anda bukan pelanggan Apple Music, perubahan kelihatan dalam pustaka muzik anda pada kali seterusnya anda menyelaras dengan komputer anda.