Gunakan Perlindungan Data Lanjutan untuk data iCloud anda
Secara lalai, iCloud memastikan maklumat anda selamat dengan menyulitkannya apabila ia dihantar, menyimpannya dalam format disulitkan dan memastikan kunci penyulitan anda selamat dalam pusat data Apple. Selain itu, banyak perkhidmatan Apple menggunakan penyulitan hujung ke hujung; maklumat anda disulitkan menggunakan kunci yang diperoleh daripada peranti anda dan kod laluan peranti anda, yang hanya anda tahu.
Untuk paras tertinggi keselamatan data awan, anda boleh mengaktifkan Perlindungan Data Lanjutan (iOS 16.2 atau lebih baharu diperlukan). Ia menggunakan penyulitan hujung ke hujung pada lebih banyak kategori data seperti yang berikut:
Sandaran peranti
Sandaran mesej
iCloud Drive
Nota
Foto
Peringatan
Penanda buku Safari
Pintasan Siri
Memo Suara
Pas Wallet
Dengan Perlindungan Data Lanjutan, data dilindungi anda boleh disulitkan hanya pada peranti dipercayai anda, melindungi maklumat anda walaupun dalam kes kebocoran data dalam awan. Apple juga tidak boleh mengakses maklumat anda.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang keperluan untuk menggunakan Perlindungan Data Lanjutan, lihat artikel Sokongan Apple Cara mengaktifkan Perlindungan Data Lanjutan untuk iCloud.
Aktifkan Perlindungan Data Lanjutan
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian ketik Perlindungan Data Lanjutan.
Ketik Aktifkan Perlindungan Data Lanjutan.
Jika anda belum menyediakan Kenalan Pemulihan atau Kunci Pemulihan, ketik Pemulihan Akaun, ketik Sediakan Pemulihan Akaun, kemudian ikuti arahan atas skrin.
AMARAN: Jika anda menggunakan Perlindungan Data Lanjutan, anda bertanggungjawab atas pemulihan data anda. Disebabkan Apple tidak mempunyai kunci yang diperlukan untuk memulihkan data, anda perlu menyediakan Kenalan Pemulihan atau Kunci Pemulihan pada akaun anda. Anda boleh menggunakan kaedah pemulihan tambahan ini untuk mendapatkan semula akses kepada data anda jika anda terlupa kata laluan anda atau kehilangan akses kepada akaun anda.
Jika anda memilih untuk menyahaktifkan Perlindungan Data Lanjutan kemudian, data iCloud anda akan ditukarkan kepada paras keselamatan standard.