Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Hantar dan terima Mail iCloud pada semua peranti anda dan pastikan seting Mail dikemas kini
Dengan iCloud, anda boleh mencipta alamat Mail iCloud serta menghantar dan menerima mel pada semua peranti anda. Anda juga boleh memastikan seting Mail dikemas kini.
Jika anda melanggan iCloud+, anda boleh menyediakan domain e‑mel tersuai untuk memperibadikan Mail iCloud.
Hantar dan terima e‑mel daripada alamat @icloud.com
Kali pertama anda mendaftar masuk ke peranti dengan Apple ID anda dan menghidupkan Mail iCloud, anda boleh mencipta alamat e‑mel iCloud utama. Apa-apa e-mel yang anda hantar atau terima di alamat itu akan disimpan dalam awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda. Anda boleh menghantar dan menerima e-mel pada mana-mana peranti yang menghidupkan Mail iCloud, termasuk iPhone, iPad, iPod touch, Mac dan komputer Windows anda. Anda juga boleh mengakses Mail iCloud anda dalam pelayar web di iCloud.com.
Oleh sebab mel anda berada dalam awan, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti mengisih mel ke dalam folder, menandakan e-mel sebagai belum dibaca atau memadamkan e-mel—tertera pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi mel anda yang paling terkini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.
Nota: Mel yang disimpan dalam iCloud dikira dalam storan iCloud anda. Jika anda kehabisan ruang storan iCloud, anda tidak akan dapat menerima e-mel baharu di alamat Mail iCloud anda sehingga anda mengosongkan lebih banyak ruang storan.
Pastikan seting Mail dikemas kini
Apabila anda menghidupkan iCloud Drive dalam seting iCloud, anda juga boleh menyimpan seting Mail anda dalam awan. Dengan cara ini, anda boleh memastikan tandatangan mel, kenalan VIP, Peti Mel Pintar anda dan banyak lagi dikemas kini pada peranti anda. Seting yang dikemas kini bergantung pada peranti yang anda gunakan.