Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Hak Cipta

Tukar nama atau warna kalendar di iCloud.com
Anda boleh memberi warna berbeza untuk setiap kalendar yang anda cipta supaya anda dapat mengenal pasti kalendar yang mengandungi sesuatu peristiwa. Anda boleh mengedit nama kalendar dan warna pada bila‑bila masa. Apabila anda menukar warna kalendar, semua peristiwa dalam kalendar itu juga bertukar warna.
Dalam Kalendar di iCloud.com, klik Edit di bahagian bawah bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar nama kalendar: Klik nama kalendar dan edit.
Tukar warna kalendar: Klik butang Warna di sebelah nama kalendar, kemudian pilih warna.
Klik Selesai di bahagian bawah bar sisi.
Nota: Perubahan yang anda buat akan muncul pada setiap peranti yang menghidupkan Kalendar dalam seting iCloud. Perubahan warna tidak dapat dilihat dalam Microsoft Outlook. Anda tidak boleh mengubah nama atau warna kalendar Hari Lahir.