Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Keynote
- Numbers
- Pages
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud

Lihat maklumat tentang peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID anda di iCloud.com
Di iCloud.com, anda boleh melihat senarai peranti anda—iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple Watch, Apple TV (generasi ke‑3 atau terkini) dan HomePod—yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Anda juga boleh mengeluarkan kad yang anda gunakan dengan Apple Pay pada peranti, mengeluarkan lesen memandu atau ID negeri anda daripada iPhone dan Apple Watch dan mengeluarkan peranti daripada senarai peranti anda.
Lihat peranti anda
Di iCloud.com, pergi ke Seting Akaun.
Dalam bahagian Peranti Saya, pilih peranti dalam senarai.
Nota: Jika salah satu daripada peranti anda tidak disenaraikan, pastikan anda telah mendaftar masuk pada peranti dengan Apple ID anda.
Anda boleh melihat maklumat yang berikut:
Model peranti
Senarai kad yang anda gunakan dengan Apple Pay pada peranti (jika berkenaan)
Sebahagian nombor siri atau IMEI peranti (jika berkenaan)
Petua: Untuk melihat nombor siri atau IMEI yang lengkap, lihat senarai peranti dalam app Seting atau dalam Keutamaan Sistem pada peranti Apple anda.
Tarikh dan masa sandaran terakhir (jika Sandaran iCloud dihidupkan untuk iPhone, iPad atau iPod touch)
Keluarkan kad pembayaran dan lesen memandu atau ID negeri anda daripada peranti
Jika anda menambahkan kad kepada Apple Pay atau lesen memandu atau ID negeri anda kepada Wallet, anda boleh menggunakan iCloud.com untuk mengeluarkannya daripada peranti.
Di iCloud.com, pergi ke Seting Akaun.
Dalam bahagian Peranti Saya, pilih peranti dalam senarai.
Klik Keluarkan Semua, kemudian ikut arahan pada skrin.
Semua kad yang anda gunakan dengan Apple Pay dan lesen memandu atau ID negeri anda dikeluarkan daripada peranti.
Untuk cara tambahan bagi mengeluarkan kad pembayaran atau lesen memandu atau ID negeri anda, lihat artikel Sokongan Apple Tukar atau keluarkan kad pembayaran yang anda gunakan dengan Apple Pay dan Keluarkan lesen memandu atau ID negeri anda daripada Apple Wallet.
Keluarkan peranti daripada Seting Akaun
Dalam Seting Akaun, anda boleh mengeluarkan peranti daripada senarai peranti anda. Peranti tersebut akan muncul semula apabila ia kembali dalam talian. Untuk mengeluarkan peranti daripada akaun anda secara kekal, lihat Matikan Cari pada peranti dan item anda.
Di iCloud.com, pergi ke Seting Akaun.
Dalam bahagian Peranti Saya, pilih peranti yang ingin anda keluarkan.
Klik
di sebelah peranti, atau klik Keluarkan Peranti.