Kekal sihat dengan Apple Watch
Apple Watch mendorong anda untuk kurang duduk, lebih bergerak dan bersenam setiap hari.

Tutup setiap gelang
Buka app Aktiviti
untuk semak kemajuan anda. Skrol ke bawah untuk butiran lanjut seperti jumlah langkah dan jarak. Apple Watch memberitahu anda apabila anda melengkapkan matlamat.

Mulakan latihan
Buka app Latihan
, kemudian ketik jenis latihan yang anda mahukan—seperti larian, renangan, atau latihan yoga. Semua statistik anda muncul pada satu skrin supaya anda boleh menyemak kemajuan anda dengan sekilas pandang. Jika anda terlupa untuk memulakan latihan sebelum bersenam, jangan risau—Apple Watch mencadangkan anda bula app Latihan dan memberikan anda kredit untuk senaman yang anda telah lakukan.

Cabar rakan
Tiada yang lebih menggalakkan daripada sedikit persaingan yang sihat. Buka app Aktiviti
, leret kiri, ketik rakan, kemudian ketik Bersaing. Jejak pertandingan anda sepanjang minggu dan tuntut ganjaran anda dengan memenuhkan gelang Aktiviti paling banyak.

Belajar sambil membakar kalori
Sesetengah orang suka berlatih dengan rantak yang kekal, manakala orang lain sukakan cerita, personaliti dan berita yang didapati dalam podcast terbaik hari ini. Hanya buka app Podcast dan ikuti rancangan kegemaran anda pada Apple Watch.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apple Watch sebagai rakan kecergasan, lihat Jejak aktiviti harian dengan Apple Watch, Mulakan latihan pada Apple Watch, Kongsi aktiviti anda daripada Apple Watch, dan Mainkan podcast pada Apple Watch.