Kekal sihat dengan Apple Watch
Apple Watch mendorong anda untuk kurang duduk, lebih bergerak dan bersenam setiap hari.

Tutup setiap gelang
Buka app Aktiviti untuk semak kemajuan anda. Skrol ke bawah untuk butiran lanjut seperti jumlah langkah dan jarak. Apple Watch memberitahu anda apabila anda melengkapkan matlamat.

Mulakan latihan
Buka app Latihan , kemudian ketik jenis latihan yang anda mahukan—seperti larian, renangan, atau latihan yoga. Semua statistik anda muncul pada satu skrin supaya anda boleh menyemak kemajuan anda dengan sekilas pandang. Jika anda terlupa untuk memulakan latihan sebelum bersenam, jangan risau—Apple Watch mencadangkan anda buka app Latihan dan memberikan anda kredit untuk senaman yang anda telah lakukan.

Cabar rakan
Tiada yang lebih menggalakkan daripada sedikit persaingan yang sihat. Buka app Aktiviti , leret ke kiri, ketik rakan, kemudian ketik Bersaing. Jejak pertandingan anda sepanjang minggu dan tuntut ganjaran anda dengan memenuhkan gelang Aktiviti paling banyak.

Apa khabar?
Aktiviti terbaru anda nampak hebat, tetapi bagaimana prestasinya berbanding tahun lepas? Ciri Aliran baru boleh memberitahu anda. Buka app Aktiviti pada iPhone anda, ketik Aliran dan lihat arah tujuan metrik aktiviti anda supaya anda boleh meneruskannya atau menterbalikkannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apple Watch sebagai rakan kecergasan, lihat Jejak aktiviti harian, Mulakan latihan, Kongsi aktiviti anda dan Semak aliran anda.