Pindahkan fail atau selaraskan kandungan antara iPad dan komputer anda dengan Finder atau iTunes
Anda boleh menyambungkan iPad anda ke komputer untuk melakukan yang berikut:
Pindahkan fail yang digunakan oleh app iPad yang menyokong perkongsian fail.
Selaraskan kandungan yang disokong seperti filem dan podcast.
Bergantung pada komputer anda, gunakan Finder atau iTunes pada komputer anda untuk menyelaraskan kandungan dan memindahkan fail.
Pindahkan fail untuk app disokong
Anda boleh memindahkan fail dengan menyalinnya daripada satu peranti ke peranti lain menggunakan Finder atau iTunes. Hanya fail daripada app iPad yang menyokong perkongsian fail boleh dipindahkan.
Untuk memindahkan fail dengan Mac anda (macOS 10.15 atau lebih baharu): Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Finder untuk berkongsi fail antara Mac dan iPhone anda.
Untuk memindahkan fail dengan peranti Windows atau Mac anda (macOS 10.14 atau lebih awal): Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan iTunes untuk berkongsi fail antara komputer anda dan peranti iOS atau iPadOS anda.
Selaraskan kandungan disokong
Menyelaras dengan Finder atau iTunes memastikan kandungan disokong terkini antara iPad dan komputer anda. Sebagai contoh, apabila anda menambahkan filem ke iPad, anda boleh menyelaras supaya filem tersebut juga kelihatan pada komputer anda. Selepas anda menyediakan penyelarasan antara peranti anda dengan kabel, anda boleh mengesetkannya untuk diselaraskan secara wayarles dan secara automatik pada bila-bila masa peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama.
Anda boleh menyelaraskan kandungan seperti muzik, filem, rancangan TV, podcast, foto, kenalan dan kalendar.
Untuk menyelaraskan kandungan dengan Mac anda (macOS 10.15 atau lebih baharu): Lihat Selaraskan kandungan antara Mac dan iPad anda dalam Panduan Pengguna Mac.
Untuk menyelaraskan kandungan dengan peranti Windows atau Mac anda (macOS 10.14 atau lebih awal): Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan iTunes untuk menyelaraskan iPad anda dengan komputer anda.
Jika fail yang anda mahu kongsikan antara iPad dan komputer anda tidak disokong oleh penyelarasan atau pemindahan dengan Finder atau iTunes, lihat Pindahkan fail antara iPad anda dan komputer anda untuk mendapatkan pilihan lain.