Beritahu Siri tentang diri anda pada iPad
Anda boleh memberikan maklumat kepada Siri—termasuk perkara seperti alamat rumah dan pejabat anda, serta hubungan anda—untuk mendapatkan pengalaman yang lebih peribadi supaya anda boleh menyebut perkara seperti “Beri saya arah memandu ke rumah” dan “FaceTime ibu.”
Beritahu Siri siapa diri anda
Buka Kenalan
, kemudian isi maklumat hubungan anda.
Pergi ke Seting
> Siri > Maklumat Saya, kemudian ketik nama anda.
Beritahu Siri cara menyebut nama anda
Buka Kenalan
, kemudian ketik kad hubungan anda.
Ketik Edit, skrol ke bawah dan ketik “tambah medan”, pilih medan nama sebutan, kemudian taipkan cara untuk menyebut nama anda.
Anda juga boleh menambahkan sebutan untuk kad hubungan lain dalam Kenalan. Lihat Edit kenalan.
Beritahu Siri tentang hubungan
Sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, Diana ialah isteri saya” atau “Hai Siri, Sherly ialah ibu saya.”
Pastikan perkara yang Siri tahu tentang anda terkini pada peranti Apple anda
Pada setiap peranti, pergi ke Seting , kemudian daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Jika anda menggunakan iCloud, seting Siri anda kekal dikemas kini merentas peranti Apple anda menggunakan penyulitan hujung ke hujung.
Jika anda tidak mahu pemeribadian Siri untuk kekal dikemas kini merentas iPad dan peranti lain, anda boleh menyahaktifkan Siri dalam seting iCloud.
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud.
Ketik Lihat Semua, kemudian nyahaktifkan Siri.
Nota: Jika anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, lokasi peranti anda pada masa anda membuat permintaan dihantar ke Apple untuk membantu Siri meningkatkan ketepatan balasannya kepada permintaan anda. Untuk menghantar balasan yang relevan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya ke rantau geografi. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi.