Lihat tapak web yang anda telah kecualikan daripada mengisi kata laluan secara automatik pada iPad
Apabila anda memasukkan kata laluan untuk tapak web, anda diminta jika anda mahu kata laluan disimpan dan dimasukkan secara automatik pada masa depan. Dalam iPadOS 18.2 atau lebih baharu, anda boleh melihat semua tapak web yang anda telah pilih untuk jangan simpan kata laluan.
Pergi ke Seting
> App > Kata Laluan.
Di bawah Simpan Kata Laluan, ketik “Tunjukkan tapak web dikecualikan.”
Senarai termasuk semua tapak web yang anda telah pilih untuk tidak menyimpan kata laluan anda.
Petua: Anda boleh mengeluarkan tapak web daripada senarai. Leret ke kiri pada tapak web atau ketik Keluarkan Semua. Pada kali seterusnya anda memasukkan kata laluan untuk tapak web, anda akan diminta jika anda mahu kata laluan disimpan dan dimasukkan secara automatik pada masa depan.