Gunakan Apple Cash dan Apple Card dengan Perkongsian Keluarga pada iPad (A.S. sahaja)
Anda boleh menggunakan Apple Cash dan Apple Card dengan kumpulan Perkongsian Keluarga anda. Pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga boleh menyediakan Apple Cash untuk kanak-kanak dan berkongsi Apple Card dengan ahli kumpulan Perkongsian Keluarga mereka yang dipercayai.
Ketahui tentang jenis ahli Perkongsian Keluarga.
Sediakan Apple Cash Keluarga untuk kanak-kanak
Pengelola keluarga boleh menyediakan Apple Cash untuk kanak-kanak.
Pergi ke Seting
> Keluarga.
Ketik anak yang anda mahu setkan Apple Cash.
Ketik Apple Cash, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk melihat baki kad, memantau transaksi dan mengecilkan senarai orang yang kanak-kanak boleh menghantar wang, pergi ke Seting > Wallet & Apple Pay. Lihat Urus Apple Cash anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sistem dan cara mengurus akaun Apple Cash, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan dan gunakan Apple Cash Family serta Lihat dan hadkan aktiviti Apple Cash anak atau remaja anda.
Sediakan Apple Card Keluarga
Anda boleh berkongsi Apple Card anda dengan ahli keluarga, mengurus bayaran dan mengawal seting dan had akaun untuk kanak-kanak yang berumur 13 tahun atau lebih tua. Anda juga boleh menyemak dan mengurus butiran semua orang.
Pergi ke Seting > Keluarga > Kongsi Apple Card Saya.
Pilihan ini hanya kelihatan jika anda mempunyai Apple Card.
Ikuti arahan atas skrin.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang pemilik, pemilik bersama dan peserta boleh lakukan dengan Apple Card, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Apple Card Keluarga dan tambah pemilik bersama serta peserta.