Ukur ketinggian orang dengan iPad
Pada model disokong, anda boleh mengukur ketinggian orang daripada lantai ke bahagian atas kepala, rambut, atau topi mereka dengan segera. (Anda juga boleh mengukur ketinggian duduk seseorang.)
Pergi ke app Ukur (dalam folder Utiliti) pada iPad anda.
Tempatkan iPad supaya orang yang anda mahu ukur kelihatan pada skrin daripada kepala ke kaki.
Garis kelihatan di bahagian atas kepala orang (atau rambut, atau topi), dengan ukuran ketinggian ditunjukkan di bawah garis.
Untuk mengambil foto pengukuran, ketik .
Untuk menyimpan foto, ketik gambar skrin di penjuru kiri bawah, ketik Selesai, kemudian pilih Simpan ke Foto atau Simpan ke Fail.
Anda boleh mengakses dan berkongsi imej ukuran ketinggian daripada Foto atau Fail pada iPad bila-bila masa yang anda mahu.
Untuk mengambil ukuran lagi, jauhkan iPad seketika untuk mereset ketinggian.