Tambah laporan perolehan ke kalendar anda dalam Saham pada iPad
Anda boleh melihat waktu syarikat mempunyai laporan perolehan akan datang dan menambahnya sebagai peristiwa dalam app Kalendar.
Tambah peristiwa laporan perolehan ke kalendar anda
Jika saham mempunyai laporan perolehan akan datang, anda boleh menambahnya dalam app Kalendar.
Pergi ke app Saham
pada iPad anda.
Ketik simbol pita dalam senarai pemerhatian anda, atau gunakan medan carian untuk mencari simbol.
Jika laporan perolehan akan datang, ketik Tambah ke Kalendar, kemudian ketik Tambah.
Laporan perolehan disimpan sebagai peristiwa sepanjang hari dalam app Kalendar. Kalendar menghantar peringatan peristiwa kepada anda pada hari laporan perolehan.
Padam peristiwa laporan perolehan daripada kalendar anda
Pergi ke app Saham
pada iPad anda.
Ketik simbol pita dalam senarai pemerhatian anda atau gunakan medan carian untuk mencari simbol.
Ketik Edit, kemudian ketik Padam Peristiwa.