iPadOS 18
Rombak atau ulang lagu dalam Muzik pada iPad
Anda boleh merombak semua lagu dan album dalam pustaka anda (mainkan mereka dalam tertib rawak) atau hanya rombak senarai main atau album. Anda juga boleh mengulang lagu individu, senarai main atau album.
Pergi ke app Muzik
pada iPad anda.
Semasa lagu dimainkan, ketik Pemain Mini untuk membuka skrin Kini Dimainkan.
Ketik
, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan lagu anda dalam tertib rawak (rombak): Ketik
. Ketik semula untuk menyahaktifkan rombak.
Ulang album, senarai main atau seluruh baris gilir: Ketik
.
Nota: Apabila berbilang lagu berulang, anda boleh melihat bilangan lagu yang akan diulang—hanya skrol ke bahagian bawah baris gilir.
Ulang satu lagu: Dwiketik
.