Sandarkan iPad
Anda boleh menyandarkan iPad menggunakan iCloud atau komputer anda. Untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk anda, lihat Perihal sandaran untuk iPhone, iPad dan iPod touch.
Petua: Jika anda menggantikan iPad, anda boleh gunakan sandarannya untuk memindahkan maklumat anda ke peranti baharu. Lihat Pulihkan semua kandungan ke iPad daripada sandaran.
Sandarkan iPad menggunakan iCloud
Sandaran iCloud menyimpan maklumat dan seting pada peranti anda yang tidak diselaraskan ke iCloud secara tetap. Ini termasuk perkara seperti seting peranti, tataletak Skrin Utama dan susunan app. Lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud?
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Aktifkan Sandarkan iPad Ini.
iCloud menyandarkan iPad anda setiap hari secara automatik apabila iPad bersambung ke sumber kuasa, dikunci dan bersambung ke Wi-Fi.
Nota: Pada model Wi-Fi + Cellular yang menyokong 5G, pembawa anda mungkin memberikan anda pilihan untuk menyandarkan iPad menggunakan rangkaian selular anda. Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Sandarkan Melalui Selular.
Untuk melakukan sandaran manual, ketik Sandarkan Sekarang.
Jika anda memerlukan bantuan menyandarkan iPad anda dengan iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menyandarkan ke iCloud.
Lihat storan iCloud tersedia
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Jumlah storan iCloud yang digunakan dengan jumlah storan iCloud yang tersedia kelihatan di bahagian atas skrin.
Urus storan iCloud
Anda boleh melihat butiran tentang sandaran iCloud seperti sandaran terakhir, saiz sandaran seterusnya dan app yang disertakan dalam sandaran.
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud, kemudian ketik iPad anda (iPad Ini).
Untuk mengurangkan saiz sandaran, ketik app yang anda tidak mahu sandarkan lagi; data sandaran sedia ada app juga akan dipadam daripada iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Uruskan storan iCloud anda.
Sandarkan iPad menggunakan Mac anda
Anda boleh menyimpan sandaran iPad anda pada Mac anda.
Dalam bar sisi Finder pada Mac anda, pilih iPad anda.
Untuk menggunakan Finder bagi menyandarkan iPad, macOS 10.15 atau lebih baharu diperlukan. Dengan versi terdahulu macOS, gunakan iTunes untuk menyandarkan iPad.
Di bahagian atas tetingkap Finder, klik Umum.
Pilih “Sandarkan semua data pada iPad anda ke Mac ini”.
Untuk menyulitkan data sandaran anda dan melindunginya dengan kata laluan, pilih “Sulitkan sandaran setempat”.
Klik Sandarkan Sekarang.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPad ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan melalui Wi-Fi.
Sandarkan iPad menggunakan peranti Windows anda
Dalam app iTunes pada peranti Windows anda, klik butang iPad berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Klik Ringkasan
Klik Sandarkan Sekarang (di bawah Sandaran).
Untuk menyulitkan sandaran anda, pilih “Sulitkan sandaran setempat”, taipkan kata laluan, kemudian klik Setkan Kata Laluan.
Untuk melihat sandaran yang disimpan pada komputer anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Peranti. Sandaran yang disulitkan mempunyai ikon kunci dalam senarai sandaran.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPad ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan melalui Wi-Fi.