Gunakan Rujukan Visual untuk mengenal pasti objek dalam foto dan video anda pada iPad
Dengan Rujukan Visual, anda boleh mengenal pasti dan mengetahui tentang tanda tempat popular, patung, seni, tumbuh-tumbuhan, haiwan peliharaan dan banyak lagi yang kelihatan dalam foto, imej dan video. Rujukan Visual juga boleh mengenal pasti makanan dalam foto atau bingkai video dan mencadangkan resipi berkaitan.
Rujukan Visual tersedia pada model disokong dan boleh digunakan dalam Foto, Safari, Lihat Cepat dan banyak lagi.
![Foto terbuka dalam pustaka app Foto. Di bahagian atas skrin, butang Info memaparkan ikon yang menunjukkan bahawa maklumat Rujukan Visual tersedia. Butang dipilih dan hasil Rujukan Visual kelihatan pada skrin.](https://help.apple.com/assets/67104D22F226C776D000105C/67104D286F23797D0F06FC1D/ms_MY/bc49fc40602c078615bde15b09faf54e.png)
Buka foto atau imej dalam skrin penuh atau jedakan video pada mana-mana bingkai.
Jika butang Info memaparkan simbol dengan bintang seperti
atau
, Rujukan Visual tersedia.
Ketik butang Info dibintangkan, kemudian ketik Rujuk di bahagian atas maklumat foto untuk melihat hasil Rujukan Visual.
Ketik skrin di mana-mana di luar kotak hasil Rujukan Visual untuk menutupnya, kemudian ketik
untuk menutup kotak info foto atau video.
Rujukan Visual tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Lihat Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.