Imbas dokumen dengan kamera iPad anda
Pada model iPad disokong, apabila anda membuka Kamera, iPad boleh mengesan dan mengimbas dokumen secara automatik dalam bingkai kamera. Selepas anda mengimbas dokumen menggunakan Kamera, anda boleh menyimpannya dalam app Fail pada iPad anda atau kongsinya menggunakan AirDrop atau app seperti Mail atau Mesej.
Buka Kamera
pada iPad anda.
Pastikan Kamera berada dalam mod Foto.
Tempatkan iPad supaya dokumen kelihatan pada skrin, kemudian ketik Imbas Dokumen; iPad menangkap halaman secara automatik.
Untuk menangkap imbasan sendiri dan bukannya secara automatik, ketik Manual, kemudian ketik butang Pengatup.
Petua: Pada model disokong, aktifkan denyar
untuk mengeluarkan bayang dan meningkatkan warna.
Ulang langkah di atas untuk mengimbas halaman tambahan.
Ketik imej kecil di bahagian bawah skrin untuk memangkas, memutar atau melaraskan warna imbasan.
Ketik Simpan, kemudian pilih salah satu daripada berikut:
Simpan imbasan dalam app Fail: Ketik Selesai, ketik Simpan ke Fail, kemudian ketik Simpan.
Kongsi imbasan menggunakan AirDrop, Mail, Mesej atau app lain: Ketik
, kemudian ketik kaedah perkongsian.
Padamkan imbasan: Ketik Selesai, kemudian ketik Padam.
Semua model iPad menyokong pengimbasan dokumen dalam app Nota. Lihat Imbas dokumen ke dalam nota.